Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat dakwaan platform media sosial gagal menghalang penstriman langsung insiden serangan terhadap seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di Sarawak, Rabu lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

“Buat masa ini, pihak MCMC sedang menjalankan siasatan berkaitan isu ini. Kita sedia maklum, sebelum ini terdapat beberapa kejadian di negara lain apabila platform media sosial gagal menghalang penstriman langsung yang memaparkan tindakan keganasan.

“Jadi, saya serahkan kepada pihak MCMC untuk menjalankan siasatan dan mengeluarkan kenyataan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, polis Sarawak mengesahkan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun menyiarkan penstriman langsung ketika menyerang seorang guru wanita di sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.03 pagi itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957 (ABKL 1957).

Related Posts

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

SHAH ALAM – Larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze bagi semua urusan rasmi penjawat awam perlu dilaksanakan segera demi melindungi keselamatan negara serta mengelakkan pendedahan data sulit. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi