‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

PAS sepatutnya mematuhi Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) serta melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu bagi mengelakkan kemelut dalaman berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Pas selaku pengerusi dan pentadbir PN perlu memastikan setiap urusan gabungan dilaksanakan mengikut peraturan serta keputusan yang dipersetujui bersama.

Beliau menyindir tindakan Pas menguruskan kemelut berkenaan menerusi ungkapan dialek Perak, “baru ada akai”, ketika mengulas keperluan mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan pertikaian tersebut.

Menerusi kenyataan di media sosial, Tun Faisal mendakwa kegagalan mematuhi aturan gabungan, termasuk tindakan pemimpin Pas yang didakwanya mengetepikan keputusan MT PN, menjadi antara punca kemelut itu semakin meruncing.

Menurut beliau, Pas juga didakwa mengadakan rundingan tanpa melibatkan MT PN, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai komitmen parti itu terhadap amanah menguruskan gabungan berkenaan.

“Pas perlu faham bahawa mereka tidak sepatutnya bertindak secara unilateral dan melanggar perlembagaan PN kerana negara ini ada undang-undang dan PN ada perlembagaan serta aturannya,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Faisal menegaskan keputusan mahkamah memberikan penangguhan pelaksanaan sesuatu keputusan atau stay tidak bermaksud mahkamah telah memutuskan RoS melakukan kesalahan.

Katanya, keputusan tersebut juga tidak boleh ditafsirkan sebagai bukti Pas tidak melanggar Perlembagaan PN atau Bersatu tidak dinafikan haknya sebagai parti anggota gabungan itu.

Beliau berkata, sebarang tafsiran bahawa keputusan penangguhan berkenaan telah memihak kepada Pas adalah tidak tepat kerana persoalan utama mengenai pematuhan perlembagaan serta hak parti anggota masih perlu ditentukan melalui proses undang-undang sewajarnya.

Tun Faisal turut menegaskan Pas tidak seharusnya menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi dan pentadbir PN untuk mengetepikan peraturan yang telah dipersetujui bersama.

Pertikaian itu sekali gus mencetuskan persoalan mengenai pematuhan terhadap perlembagaan gabungan serta keupayaan parti-parti dalam PN menyelesaikan perbezaan pendirian menerusi saluran yang ditetapkan.

  • Related Posts

    Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

    PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat dakwaan platform media sosial gagal menghalang penstriman langsung insiden serangan terhadap seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di Sarawak,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

    JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

    Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

    Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

    Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

    Conte sedia ke United tapi bersyarat

    Conte sedia ke United tapi bersyarat

    Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

    Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

    ‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

    ‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

    Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

    Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi