Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

KUANTAN – Harga tiket bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditetapkan pada kadar bersesuaian dan mampu milik, termasuk golongan berpendapatan rendah (B40).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penetapan tambang itu dibuat selepas kajian terperinci bagi memastikan ia bersesuaian dengan kemampuan pengguna.

“Setelah dikaji, kita rasakan ia berpatutan dan mampu dibayar oleh mereka yang berpendapatan (termasuk) B40 pun saya fikir mampu. Harganya juga tidak jauh berbeza dengan tambang bas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Tamat Kursus Pelatih Akademi Rel Pahang Program PLKI-ECRL Sesi 2025/26 di Kompleks Yayasan Pahang, petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak pada 19 Oktober lalu memaklumkan Jemaah Menteri meluluskan diskaun 50 peratus kepada kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas, pemegang kad orang kurang upaya dan pesara kerajaan, manakala pelajar berusia 13 hingga 24 tahun menerima diskaun 40 peratus.

Tambang kelas ekonomi ECRL bagi laluan Gombak-Kota Bharu bermula RM125 sehala bagi transit dan RM147 bagi ekspres, manakala Gombak-Kuala Terengganu bermula RM95 dan RM110 serta Gombak-KotaSAS bermula RM60 dan RM68.

Mengulas cadangan diskaun khas untuk anak Pahang, Wan Rosdy berkata perkara itu perlu dibincangkan bersama MRL kerana di luar bidang kuasa kerajaan negeri dan memerlukan penelitian terhadap implikasi kewangan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata kerajaan negeri turut mencadangkan peluasan laluan ECRL hingga ke Rompin dan Kuala Lipis, namun ia masih memerlukan penelitian lanjut.

Sementara itu, seramai 47 pelatih menamatkan latihan teknikal selama setahun di China sebelum ditawarkan pekerjaan oleh MRL menerusi kerjasama kerajaan negeri, MRL, University College Yayasan Pahang dan Yayasan Pahang.

“Kita berharap anak jati Pahang diberi keutamaan untuk mengisi peluang pekerjaan di tujuh stesen ECRL di negeri ini,” katanya.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok