Akta Jerebu Rentas Sempadan berdepan cabaran penguatkuasaan – Arthur

PUTRAJAYA – Kesukaran mendapatkan bukti yang mengaitkan kebakaran di luar negara dengan pencemaran jerebu di Malaysia, selain kekangan berkaitan kedaulatan negara, menjadi antara cabaran utama penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, penelitian menyeluruh diperlukan bagi memastikan undang-undang berkenaan boleh dilaksanakan dan dikuatkuasakan secara berkesan.

Beliau berkata, kementerian sudah beberapa kali meneliti kewajaran penggubalan undang-undang itu daripada pelbagai sudut, termasuk aspek kebolehlaksanaan dan keperluan mendapatkan bukti yang mencukupi.

“Perkara ini termasuk keperluan mendapatkan maklumat mengenai lokasi dan koordinat kawasan kebakaran, pemilikan tanah, pihak yang menjalankan aktiviti di kawasan berkenaan serta bukti yang menghubungkan sesuatu kejadian kebakaran dengan pencemaran jerebu yang dialami di Malaysia.

“Secara lazimnya, ini semua maklumat yang melibatkan bidang kuasa, kerahsiaan serta kedaulatan negara yang berkenaan. Oleh itu, sebarang cadangan penggubalan undang-undang baharu ini perlu diteliti secara menyeluruh bagi memastikan peruntukannya benar-benar boleh dilaksanakan dan dikuatkuasakan secara berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Libat Urus Berhubung Jerebu, di sini, Khamis.

Mengulas lanjut, Arthur berkata, Malaysia ketika ini terus menggunakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) sebagai asas penguatkuasaan terhadap pencemaran dan pembakaran terbuka yang berlaku dalam negara.

Di peringkat serantau, beliau berkata, Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) kekal sebagai kerangka utama kerjasama negara anggota ASEAN dalam menangani isu berkenaan.

Katanya, perjanjian itu mengiktiraf hak kedaulatan setiap negara, selain tanggungjawab memastikan aktiviti dalam bidang kuasa masing-masing tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar atau menjejaskan kesihatan rakyat negara lain.

“Sekiranya Malaysia ingin mengambil langkah yang serupa, kita perlu memastikan usaha dan rang undang-undang itu berkesan, dan bukan setakat untuk memuaskan optik rakyat sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, sebuah negara anggota ASEAN pernah cuba menggubal undang-undang seumpama itu kira-kira 10 tahun lalu, namun berdepan masalah ketika pelaksanaannya.

Beliau berkata, Malaysia turut mengemukakan cadangan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan dalam Mesyuarat Peringkat ASEAN pada 9 Julai lalu bagi memperkukuh usaha pencegahan, kesiapsiagaan serantau dan pemantauan.

Katanya, Malaysia dijadual mempengerusikan Sub-Regional Haze Community di peringkat ASEAN pada tahun depan, sekali gus membuka ruang untuk memperkenalkan pendekatan baharu bagi menangani isu jerebu.

“Tahun hadapan akan menjadi giliran (Malaysia) mempengerusikan Sub-Regional Haze Community di peringkat ASEAN.

“Kita sedang buat beberapa kajian dan perancangan untuk memperkenalkan beberapa tindakan transformasi di peringkat ASEAN berkaitan jerebu, dengan harapan kita dapat mengambil beberapa langkah yang lebih efektif dan konkrit apabila kita mempengerusikannya,” katanya.

Related Posts

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

KUANTAN – Harga tiket bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditetapkan pada kadar bersesuaian dan mampu milik, termasuk golongan berpendapatan rendah (B40). Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mungkin membuat pengumuman pada Jumaat, namun sama ada perkara itu berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok