Sultan Pahang bimbang gejala sosial, budaya kebencian generasi muda

PEKAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan kebimbangan terhadap gejala sosial dalam kalangan generasi muda, termasuk penyalahgunaan dadah, budaya buli, perjudian digital serta pergaulan melampaui batas.

Baginda bertitah, keadaan itu lebih mendukacitakan apabila segelintir anak muda mudah terpengaruh dengan budaya kebencian serta penghinaan terhadap agama dan institusi, seolah-olah keberanian diukur melalui kelantangan mencaci dan memperlekehkan orang lain.

Baginda menegaskan mahasiswa seharusnya menjadi suara kebijaksanaan, bukannya menyemarakkan kebencian.

“Beranilah menegur tetapi beradab ketika berbicara, beranilah berbeza pandangan tetapi jangan hilang pertimbangan,” titah baginda, seperti dilapor Berita Harian.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Pemasyhuran Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menyentuh aspek pendidikan, Al-Sultan Abdullah bertitah, budaya mengejar segulung ijazah tidak seharusnya mengatasi matlamat sebenar menuntut ilmu.

Baginda turut menegaskan kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh pemikiran dan bukannya dijadikan jalan pintas sehingga mahasiswa semakin malas berfikir, mengkaji dan mencipta.

“Jangan sampai kita melahirkan generasi yang kaya dengan sijil tetapi miskin dengan ilmu, petah berbicara tetapi tandus pemikiran,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda mahu UMPSA terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri, pihak industri, yayasan dan alumni bagi memperluas bantuan pendidikan, penyelidikan serta pembangunan bakat tempatan.

Titah baginda, kepakaran universiti dalam bidang teknologi, pembuatan, automotif, logistik dan pertanian moden perlu diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat.

Related Posts

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah wajar melepaskan jawatannya secara sukarela sekiranya berpegang kepada prinsip ‘gentleman‘ atau lelaki budiman susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

KANGAR – Masa depan Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis kini bergantung kepada pendirian enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

Tiga persatuan media hargai insentif khas RM700 kerajaan Sarawak

Tiga persatuan media hargai insentif khas RM700 kerajaan Sarawak

‘Tunjuk penyata bank’ – Zizie Izette cabar penyebar dakwaan harta Bung Moktar RM1.17 bilion

‘Tunjuk penyata bank’ – Zizie Izette cabar penyebar dakwaan harta Bung Moktar RM1.17 bilion

Sultan Pahang bimbang gejala sosial, budaya kebencian generasi muda

Sultan Pahang bimbang gejala sosial, budaya kebencian generasi muda

Kalah saman RM300,000: Akmal terpaksa gadai dua aset nilai sentimental jadi taruhan

Kalah saman RM300,000: Akmal terpaksa gadai dua aset nilai sentimental jadi taruhan