Penjawat awam Sarawak terima BKK dua bulan gaji, RM700 bagi Persekutuan

KUCHING – Sarawak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri manakala penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak turut menerima bantuan sebanyak RM700.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan dua bulan gaji itu akan dikira berdasarkan gaji pokok terakhir November 2026 dan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

Menurutnya, pemberian berkenaan merupakan tanda penghargaan kerajaan Sarawak terhadap komitmen serta sumbangan penjawat awam dalam menjayakan pelbagai agenda pembangunan negeri.

“Sebagai tanda penghargaan, saya dengan sukacitanya bagi pihak Kabinet dan GPS mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak.

“Bantuan ini berdasarkan gaji pokok terakhir bulan November 2026 dan akan dibayar sebelum penghujung tahun 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, pada Rabu.

Abang Johari berkata, pemberian bantuan berkenaan dianggarkan memanfaatkan kira-kira 19,851 anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dengan implikasi kewangan sebanyak RM144 juta.

Menurutnya, kejayaan pelaksanaan pelbagai program pembangunan kerajaan negeri merupakan hasil usaha dan komitmen berterusan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan Sarawak turut menghargai peranan penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini, khususnya guru, petugas kesihatan serta anggota keselamatan.

Katanya, golongan berkenaan turut memberikan sumbangan penting dalam memastikan pelaksanaan program pembangunan yang inklusif dan mampan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat Sarawak.

“Kita tidak melupakan rakan-rakan Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

“Sebagai tanda terima kasih atas dedikasi dan sumbangan mereka, saya juga mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak,” katanya.

Pemberian bantuan berkenaan mencerminkan penghargaan kerajaan Sarawak terhadap peranan kedua-dua perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan dalam menyokong pelaksanaan agenda pembangunan serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok