Pengundi muda bijak menilai, kemelut Negeri Sembilan boleh jejaskan UMNO di Melaka

KEMELUT politik di Negeri Sembilan berpotensi memberi kesan kepada sokongan terhadap UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila pengundi muda dilihat lebih terbuka dan kritis dalam menilai perkembangan politik semasa.

Presiden Parti Perkasa Bumiputera Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, berbeza dengan pengundi berusia yang cenderung kekal menyokong parti pilihan mereka, generasi muda mempunyai cara berfikir dan pendekatan berbeza ketika menilai sesuatu isu.

Beliau berkata, perkembangan politik semasa, termasuk kemelut di Negeri Sembilan boleh mempengaruhi pertimbangan pengundi muda dan golongan atas pagar yang tidak terikat dengan mana-mana parti.

“Saya percaya peristiwa yang berlaku di Negeri Sembilan memberi kesan kepada politik PRN Melaka. Ada kesan.

“Tetapi kalau pengundi kekal dengan kelompok masing-masing, terutama pengundi tegar, mereka mungkin tidak terkesan. Yang tidak berparti, orang atas pagar, pasti akan menerima kesannya,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Ibrahim berkata, UMNO masih mempunyai kelebihan dari segi kekuatan akar umbi yang dibina sejak puluhan tahun lalu, terutama dalam kalangan pengundi lama di kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, katanya, kesetiaan pengundi generasi terdahulu terhadap parti tidak semestinya mencerminkan cara pengundi muda membuat pertimbangan politik.

“Orang lama ini, kalau dia pegang sesuatu, dia akan pegang sampai mati. Kalau dia UMNO, UMNO sampai mati.

“Tetapi generasi sekarang berbeza dari segi pemikiran dan cara mereka melihat sesuatu isu,” katanya.

Mengulas kepemimpinan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Ibrahim turut mempersoalkan jurang antara kelantangan pemimpin itu membangkitkan isu politik dengan tindakan yang diambil, khususnya ketika berdepan isu besar.

Menurutnya, pengundi kini boleh menilai sama ada kenyataan seseorang pemimpin benar-benar diterjemahkan kepada tindakan atau sekadar retorik politik.

Beliau berkata, keadaan itu menjadi cabaran kepada UMNO untuk meyakinkan pengundi, terutama generasi muda yang menilai perkembangan politik berdasarkan isu semasa dan tindakan pemimpin, bukan semata-mata kesetiaan kepada parti.

Related Posts

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

KUANTAN – Harga tiket bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditetapkan pada kadar bersesuaian dan mampu milik, termasuk golongan berpendapatan rendah (B40). Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mungkin membuat pengumuman pada Jumaat, namun sama ada perkara itu berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok