Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

SEPANG – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peniaga, Muhammad Zubair Ismail, 44, berasal dari Alor Setar, Kedah, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Lelaki itu didakwa melakukan komunikasi jelik itu menerusi Facebook pada 12 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(2) akta sama. Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC), Fadhli Ab Wahab, manakala lelaki itu selaku Orang Kena Saman (OKS) diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 17 November depan untuk sebutan semula kes.

Related Posts

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

BALI – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan pertemuan bersama Singapura dirancang pada Disember ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

PUTRAJAYA – Mengapa perkataan ‘bodoh’ lebih mengundang kemarahan berbanding persoalan mengenai rasuah, integriti dan budaya mengagungkan golongan elit? Itulah persoalan yang dibangkitkan mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal