Nelayan tangkap ikan guna bahan letupan didenda RM10,000

TAWAU – Dua nelayan masing-masing didenda sebanyak RM5,000 di Mahkamah Sesyen pada Rabu, selepas mengaku bersalah memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya membuat keputusan itu selepas tertuduh Alai Sairali, 41, dan Zulhamjah Atibasa, 50, membuat pengakuan bersalah terbabit.

Menurut pertuduhan, pada 19 September lepas pukul 12.30 tengah hari, kedua-dua tertuduh dalam sebuah bot pam berwarna biru tanpa nombor pendaftaran di kawasan perairan laut Bulipatuid, Semporna, didapati memiliki ikan sebanyak 10 ekor yang ditangkap menggunakan bom ikan.

Kedua-dua tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memiliki ikan yang ditangkap dengan menggunakan bahan letupan.

Tertuduh boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 di mana masing-masing dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama 10 bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Laester Bulun manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

Pengamal media swasta di Sarawak bakal terima insentif khas RM700

KUCHING – Pengamal media swasta yang berdaftar dengan enam persatuan media di Sarawak bakal menerima insentif khas sebanyak RM700 secara sekali bayar sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam menyampaikan maklumat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam Sarawak terima BKK dua bulan gaji, RM700 bagi Persekutuan

KUCHING – Sarawak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri manakala penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak turut menerima bantuan sebanyak RM700.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengamal media swasta di Sarawak bakal terima insentif khas RM700

Pengamal media swasta di Sarawak bakal terima insentif khas RM700

Penjawat awam Sarawak terima BKK dua bulan gaji, RM700 bagi Persekutuan

Penjawat awam Sarawak terima BKK dua bulan gaji, RM700 bagi Persekutuan

Nelayan tangkap ikan guna bahan letupan didenda RM10,000

  • By Fatin
  • October 21, 2026
Nelayan tangkap ikan guna bahan letupan didenda RM10,000

Pengundi muda bijak menilai, kemelut Negeri Sembilan boleh jejaskan UMNO di Melaka

Pengundi muda bijak menilai, kemelut Negeri Sembilan boleh jejaskan UMNO di Melaka

RM427 juta SKAS manfaatkan lebih 823,000 penerima di Sarawak

RM427 juta SKAS manfaatkan lebih 823,000 penerima di Sarawak

Pas gelojoh urus PN, ada agenda jahat bunuh Bersatu – Harris Idaham

Pas gelojoh urus PN, ada agenda jahat bunuh Bersatu – Harris Idaham