RM150 juta perkukuh keselamatan Nabawan – Hajiji



NABAWAN – Kerajaan Sabah memperkukuh keupayaan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan pedalaman menerusi projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nabawan dan Perumahan Polis dengan siling peruntukan sebanyak RM150 juta.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek dijangka bermula pada Januari 2027 itu merupakan pelaburan strategik bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan keselamatan kepada rakyat khususnya di Nabawan dan kawasan sekitarnya.

“Kedudukan strategik Nabawan yang bersempadan dengan Indonesia menjadikan pembangunan infrastruktur keselamatan lebih mantap sebagai satu keperluan penting bagi menangani ancaman jenayah rentas sempadan dan kegiatan haram.

“Usaha itu memerlukan tindakan penguatkuasaan yang bersepadu dan berterusan, termasuk memperkukuh kemudahan operasi, infrastruktur, anggota serta sistem pentadbiran Polis Diraja Malaysia (PDRM), “katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Hajiji, Balai Polis Nabawan yang ditubuhkan sejak 1976 ketika ini masih berada di bawah pentadbiran IPD Keningau, sedangkan daerah itu mempunyai keluasan kawasan pentadbiran kira-kira 6,089 kilometer persegi.

“Pembangunan IPD baharu berkenaan dilihat sebagai langkah penting untuk mewujudkan struktur kepolisan yang lebih tersusun, selain memperkukuh kehadiran dan keupayaan perkhidmatan polis di kawasan berkenaan,” ujarnya.

Tegas Hajiji, projek itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek keselamatan, malah mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kebajikan dan keselesaan anggota PDRM yang bertugas di barisan hadapan.

Sehubungan itu katanya, penyediaan kemudahan kerja dan perumahan yang baik serta infrastruktur yang dilengkapi teknologi terkini amat penting bagi menyokong keberkesanan tugas anggota keselamatan khususnya di kawasan sempadan.

“Keselamatan merupakan asas penting kepada pembangunan negeri kerana pertumbuhan ekonomi yang mampan memerlukan persekitaran yang aman, stabil dan selamat.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong usaha memperkukuh infrastruktur keselamatan di seluruh Sabah bagi memastikan rakyat, termasuk penduduk di kawasan pedalaman seperti Nabawan, mendapat perkhidmatan keselamatan yang lebih baik,” tambahnya.

Related Posts

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

KUANTAN – Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan selepas polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian menerusi lima operasi berasingan di Kuantan dan Genting Highlands, Bentong antara 6…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perkenal bon 10 peratus elak induk ternakan dijual terlalu awal

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan sistem bon ternakan bernilai 10 peratus daripada harga ternakan bagi memastikan penternak tidak menjual induk lembu dan kambing terlalu awal, sekali gus meningkatkan populasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal