Akmal pengecut jika lari dari Merlimau

PRESIDEN Parti Perkasa Bumiputera Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali menemplak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh sebagai pengecut seandainya tidak berani mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, sebaliknya tidak bertanding di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Menurut Ibrahim, sekiranya keputusan itu dibuat ia menimbulkan persoalan mengenai keyakinan Akmal untuk mempertahankan kerusi berkenaan, terutama ketika beliau sering tampil lantang membangkitkan pelbagai isu politik.

Beliau berkata, seseorang pemimpin yang mendakwa dirinya sebagai pejuang sepatutnya bersedia mengambil risiko dan berdepan cabaran, bukannya mengelak daripada mempertahankan kawasan yang pernah diwakilinya.

“Kalau dia yakin boleh menang, tentu dia bergerak di situ. Kenapa dia lari? Saya percaya dia rasa tidak yakin boleh menang.

“Kalau dia hendak bekerjasama dengan Pas, kenapa perlu takut? UMNO dan Pas sekarang dikatakan mahu bekerjasama. Sepatutnya dia berani bertanding di Merlimau dengan sokongan pengundi UMNO dan Pas,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) pada Selasa.

Ibrahim berkata, tindakan Akmal itu juga menguatkan tanggapannya bahawa Ketua Pemuda UMNO berkenaan lebih lantang bercakap mengenai sesuatu isu berbanding mengambil tindakan yang sepadan dengan pendiriannya.

Pada 14 Oktober lalu, Akmal memberi bayangan kemungkinan tidak mempertahankan kerusi DUN Merlimau pada PRN Melaka, sebaliknya berpindah ke kawasan lain, termasuk Serkam atau Sungai Rambai.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi Merlimau sebelum bertanya: “Selepas ini ke mana? Kalau ke Serkam atau Sungai Rambai boleh ke, atau ada cadangan lain?”

Pada PRN Melaka 2021, Akmal memenangi kerusi DUN Merlimau dengan majoriti 3,248 undi selepas memperoleh 5,633 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Azrin Ab Majid yang mendapat 2,385 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Alim Shapie dengan 1,622 undi.

  • Related Posts

    Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

    SEPANG – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peniaga, Muhammad Zubair…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

    BALI – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan pertemuan bersama Singapura dirancang pada Disember ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

    Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

    Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

    Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

    Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

    Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

    Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

    Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

    Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

    Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

    Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

    Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal