Rakan jadi lawan: Pas-Bersatu berentap rebut pengaruh PN

PUTRAJAYA – Kemelut Perikatan Nasional (PN) kini menyaksikan pertembungan terbuka antara parti-parti komponen apabila Bersatu ketika ini sedang menggunakan gabungan itu dalam meraih simpati pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan melabelkan menjadi mangsa politik.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pas ketika ini sedang melabelkan partinya sebagai mangsa politik susulan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan pembatalan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, Pas tidak seharusnya menjadikan gabungan parti itu sebagai tempat berteduh kumpulan yang rakus menguasai kuasa politik dengan mencipta persepsi negatif dalam memburukkan jenama PN

“Pas cuba ‘hijack’ jenama PN yang sederhana, progresif dan cakna rakyat Malaysia. Hentikan propaganda dan politik identiti yang melampau. Hakikatnya, PAS gagal mengurus sebuah organisasi berteraskan prinsip demokrasi, urus tadbir yang baik dan sering mengkhianati rakan dalam perjuangan.

“Sesungguhnya. mengenepikan kebenaran adalah perbuatan yang tercela. Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran PN membuktikan bahawa gabungan parti yang dipimpin oleh Pas telah melanggar Akta Pertubuhan 1966, peraturan-peraturan berkaitan serta Perlembagaan Perikatan Nasional.

“Alasan dan keterangan yang diberikan oleh PAS dalam siasatan yang dijalankan oleh RoS terbukti tidak berasas dan tidak memenuhi kehendak undang-undang dan Perlembagaan PN,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Dalam pada itu, tindakan kepimpinan Perikatan Nasional yang dipengerusikan oleh Pas menafikan hak Bersatu untuk menghadiri, memberi pendapat dan mengund di dalam mesyuarat Maj|is Tertinggi Perikatan Nasional pada 16 Julai 2026 adalah satu kesalahan yang ‘fatal” dan pelanggaran Fasal 7.1 Perlembagaan PN.

Beliau menegaskan, tindakan melanggar undang-undang membawa mudarat besar dan dampaknya akan menghancurkan masa depan Perikatan Nasional.

“Kepimpinan PN yang mengenepikan amalan urus tadbir baik dan telus telah menimbulkan keadaan yang boleh disifatkan sebagai satu ancaman (‘threat’) dan tekanan untuk melucutkan keanggotaan dan menggugurkan Bersatu sebagai Parti Anggota yang sah dalam PN melalui kuasa ‘veto’ oleh individu yang bukan pemegang jawatan dalam Majlis Tertinggi gabungan parti itu,” katanya

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, Bersatu telah memberikan penjelasan berfakta dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kepimpinan PN telah menafikan hak Bersatu seperti dijamin oleh Perlembagaan PN dan seterusnya melanggar peruntukan dalam Akta Pertubuhan.

“Keputusan RoS hari ini sekaligus membuktikan bahawa Bersatu berada di pihak yang benar untuk menyelamatkan PN. Aduan yang dibuat parti pada 1 1 Ogos 2026 adalah bertujuan untuk memastikan PN diurus dengan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan berintegriti serta mematuhi semuc kehendak undang-undang dan Perlembagaan Parti.

“Walaupun keputusan RoS hari ini amat berat diterima oleh Bersatu kerana kita adalah ‘founding member of PN’ dan telah berjaya meletakkan asas kukuh sebuah perjuangan, namun Bersatu sebagai anggota parti yang sah menerima kenyataan bahawa Perikatan Nasional mesti melaksanakan tanggungjawab,” katanya.

Tambah Azmin, ia selaras dengan Perlembagaan Perikatan Nasional dan Akta 832 bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang serta kelangsungan tadbir urus parti yang teratur dan sah.

“Bersatu akan meneliti keputusan penuh RoS dan akan membincangkan dalam Maijlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengenai langkah-langkah seterusnya untuk membina semula keyakinan rakyat kepada sebuah gabungan parti-parti politik yang sederhana, membawa politik nilai dan membina gagasan baru demi Malaysia yang sejahtera untuk semua rakyat Malaysia,” katanya

Related Posts

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

SEPANG – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peniaga, Muhammad Zubair…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

BALI – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan pertemuan bersama Singapura dirancang pada Disember ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal