Sebanyak 87 projek sekolah daif di Sarawak siap dilaksanakan

KUCHING – Sebanyak 87 projek sekolah daif di Sarawak telah siap dilaksanakan menerusi usaha menaik taraf infrastruktur pendidikan, manakala projek selebihnya berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, pelaksanaan projek berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif penambahbaikan kemudahan sekolah menerusi peruntukan pendahuluan RM1 bilion.

Menurutnya, kerja menaik taraf sekolah daif terus menunjukkan perkembangan, dengan sebahagian besar projek telah disiapkan atau sedang dalam pelaksanaan.

“Sebanyak 87 projek telah siap, manakala selebihnya berada pada pelbagai peringkat kerja pembinaan.

“Bagaimanapun, lima projek masih belum bermula,” katanya menerusi kenyataan yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Selasa.

Roland berkata, usaha membaik pulih sekolah daif turut dilaksanakan menerusi beberapa kaedah pembiayaan, termasuk peruntukan langsung daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurutnya, pelaksanaan projek berkenaan bertujuan menambah baik kemudahan pendidikan, khususnya bangunan sekolah yang dikenal pasti memerlukan kerja pembaikan atau naik taraf.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa keadaan infrastruktur sekolah perlu dinilai berdasarkan kategori keselamatan serta tahap kerosakan bangunan masing-masing.

Katanya, tidak semua bangunan dalam sesebuah sekolah yang dikategorikan sebagai tidak selamat semestinya berada dalam keadaan yang sama.

Usaha menaik taraf sekolah daif itu diteruskan bagi menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif kepada warga sekolah di Sarawak.

Related Posts

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

KUANTAN – Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan selepas polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian menerusi lima operasi berasingan di Kuantan dan Genting Highlands, Bentong antara 6…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perkenal bon 10 peratus elak induk ternakan dijual terlalu awal

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan sistem bon ternakan bernilai 10 peratus daripada harga ternakan bagi memastikan penternak tidak menjual induk lembu dan kambing terlalu awal, sekali gus meningkatkan populasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal