Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’ Sedia Raja Undang Luak Rembau ke-22.

Undang Luak Rembau menerusi kenyataan memaklumkan, dakwaan tersebut disifatkan telah memutarbelitkan keputusan Hassan yang dibuat demi keselamatan dan ketenteraman semua yang hadir.

Katanya, operasi pagi tadi diselaraskan bersama Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Sembilan, Pegawai Daerah Rembau, penguat kuasa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Rembau bagi melaksanakan pengambilalihan Balai secara tertib.

“Bagaimanapun, keengganan pihak yang masih menduduki Balai untuk mengosongkan premis serta kehadiran penyokong kedua-dua pihak telah menyebabkan keadaan menjadi tegang dan berisiko mencetuskan pertembungan.

“Pentadbiran Undang Luak Rembau menegaskan pendiriannya bahawa pihak berkenaan tidak mempunyai hak untuk terus menduduki Balai mahupun kuasa untuk mentadbir atau menguasainya.

“Kehadiran fizikal mereka di premis tersebut tidak dengan sendirinya memberikan hak atau kuasa terhadap Balai. Pengarah PTG yang berada di lokasi kemudian menghubungi YTM (Hassan) bagi memohon pertimbangan untuk meredakan keadaan,” katanya, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Pentadbiran Undang Luak Rembau berkata, Hassan memperkenankan permohonan tersebut dan mengarahkan pasukan Balai supaya menangguhkan kemasukan serta tidak meneruskannya secara paksa.

Pihak tersebut menjelaskan, arahan terbabit membolehkan pihak berkuasa berkaitan menyelesaikan urusan pengosongan dan penyerahan secara aman dan teratur.

“Justeru, dakwaan bahawa pihak yang menduduki Balai atau peguam mereka telah berjaya menggagalkan pengambilalihan adalah mengelirukan. Penangguhan tersebut hanya melibatkan tindakan kemasukan pada pagi berkenaan.

“Tuntutan pengosongan dan penyerahan Balai kekal menjadi pendirian tegas pentadbiran, dan usaha penyelesaiannya tetap diteruskan. Keputusan itu bukan pengiktirafan terhadap sebarang tuntutan hak atau kuasa pihak berkenaan ke atas Balai,” katanya.

Dalam pada itu, Pentadbiran Undang Luak Rembau memaklumkan, Hassan telah dizahirkan secara rasmi sebagai Undang Luak Rembau Ke-22 pada 27 Jun 2026 yang kedudukan dan kewibawaan beliau tidak bergantung pada penguasaan fizikal Balai.

“Tuntutan penyerahan adalah untuk menegakkan tertib adat dan memastikan pusat pentadbiran institusi berada di bawah pengurusan penyandang yang sah.

“Ini soal amanah dan maruah institusi, bukannya keperluan peribadi YTM. Semua pihak hendaklah menghormati kedudukan YTM serta menjunjung sabda YTM dalam urusan pentadbiran adat Luak Rembau,.

“Sudah hampir empat bulan isu ini berlarutan sejak penzahiran YTM. Keadaan tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan,” katanya.

Tambahnya, pendirian Hassan adalah tegas bahawa hak institusi ke atas Balai tidak boleh dijadikan perkara tawar-menawar dan urusan penyerahannya perlu disegerakan melalui saluran yang sah.

Katanya, Pentadbiran Undang Luak Rembau akan terus menuntut penyelesaian serta mengambil tindakan susulan yang sewajarnya melalui saluran tersebut.

“Kepada pihak yang masih menduduki Balai, berikan kerjasama untuk mengosongkan dan menyerahkan premis secara tertib. Keputusan YTM mengelakkan konfrontasi bukan alasan untuk terus berlengah. Hormatilah kepentingan seluruh Luak Rembau dan tanggungjawab institusi yang perlu dilaksanakan.

“Mana-mana pihak. termasuk dari luar Luak Rembau, hendaklah mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat kenyataan.  Jangan mengulas seolah-olah mengetahui keseluruhan urusan sedangkan maklumat yang diterima tidak lengkap,” katanya.

Tegas Pentadbiran Undang Luak Rembau, urusan tersebut tidak wajar dipolitikkan atau dijadikan alat kepentingan mana-mana pihak dan insitusi, adat serta waris haruslah dihormati.

” Semua pihak hendaklah membaca kenyataan ini secara keseluruhan dan tidak memetik mana-mana bahagian di luar konteks sehingga mengubah maksudnya. YTM memilih untuk mengawal keadaan, bukan mengundurkan pendirian. Keamanan dipelihara, hak institusi tetap dipertahankan dan penyerahan Balai terus dituntut,” katanya.

  • Related Posts

    Bot elektrik SEB buka laluan pengangkutan air lebih hijau di Sarawak

    KUCHING – Penggunaan bot elektrik yang dilengkapi teknologi tenaga solar berpotensi membuka laluan kepada pembangunan sistem pengangkutan air lebih hijau dan mampan di Sarawak, khususnya bagi menyokong keperluan pengangkutan di…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lebih 1.249 juta hektar tanah NCR selesai diukur di Sarawak

    KUCHING – Sarawak berjaya menyelesaikan pengukuran perimeter tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seluas kira-kira 1.249 juta hektar atau 3.086 juta ekar menerusi Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu setakat 30…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Bot elektrik SEB buka laluan pengangkutan air lebih hijau di Sarawak

    Bot elektrik SEB buka laluan pengangkutan air lebih hijau di Sarawak

    Lebih 1.249 juta hektar tanah NCR selesai diukur di Sarawak

    Lebih 1.249 juta hektar tanah NCR selesai diukur di Sarawak

    Empat kerjasama strategik perkukuh pemuliharaan alam sekitar Sarawak – Awang Tengah

    Empat kerjasama strategik perkukuh pemuliharaan alam sekitar Sarawak – Awang Tengah

    Sindiket pelacuran dalam talian rentas sempadan tumpas, 30 ditahan

    Sindiket pelacuran dalam talian rentas sempadan tumpas, 30 ditahan

    Sarawak bersedia ambil alih pengurusan buangan terjadual di bawah MA63

    Sarawak bersedia ambil alih pengurusan buangan terjadual di bawah MA63

    Liverpool bangkit atasi Villareal 4-3

    Liverpool bangkit atasi Villareal 4-3