Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak


KOTA KINABALU – Tragedi yang meragut nyawa dua beranak selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap kontena di Jalan Sepanggar, berhampiran Pelabuhan Sepanggar, petang Ahad mencetuskan desakan supaya siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ir Mustapha Sakmud, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menyifatkan kehilangan dua insan tersayang secara serentak sebagai satu dugaan berat.

“Saya menyeru orang ramai supaya memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berwajib menjalankan siasatan, termasuk meneliti aspek keselamatan pengendalian kontena bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi.

“Jika ada elemen kecuaian dan ketidakpatuhan (non-compliance) yang melibatkan mana-mana pihak, saya akan pastikan mereka yang terlibat dipertanggungjawabkan.

“Cukuplah insiden kemalangan melibatkan kenderaan berat ini berulang di Sepanggar,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Isnin.

Dalam pada itu, Mustapha memaklumkan Pusat Khidmat Parlimen Sepanggar (Suara Sepanggar) telah diarahkan menziarahi keluarga mangsa bagi mengenal pasti keperluan mereka susulan tragedi berkenaan.

“Usaha itu turut merangkumi bantuan kepada waris untuk menyemak dan menguruskan bantuan serta pampasan yang layak diterima bagi meringankan beban keluarga.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan keluarga mangsa mendapat sokongan sewajarnya, selain langkah keselamatan dipertingkatkan bagi mengelakkan tragedi seumpama itu berulang.” jelasnya.

Pada Ahad, mangsa, Allahyarham Mohd Jadi Pelbi, 53, dan anak perempuannya, Allahyarhamah Norfaieza Mohd Jadi, 24, maut dalam kejadian terbabit.

  • Related Posts

    Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

    LIMBANG – Aktiviti sukan bukan sahaja penting untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal, malah menjadi wadah mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pengerusi PERDA tidak mengaku terima suapan RM800,000

    GEORGE TOWN – Pengerus Lembaga Kemajuan Wilayah Tanah (PERDA), Datuk Ir. Shaik Hussein Mydin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 15 pertuduhan menerima suapan berjumlah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

    Nilai ringgit kekal berdaya tahan

    Nilai ringgit kekal berdaya tahan

    Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

    Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

    Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

    • By Fatin
    • October 19, 2026
    Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

    Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

    Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

    Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

    Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000