PDRM Sabah perhebat operasi terhadap kontena halang lalu lintas

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akan mempergiat operasi secara berterusan terhadap individu yang meletakkan kontena di tepi jalan sehingga menghalang lalu lintas dan mengganggu penglihatan pengguna jalan raya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, tindakan itu akan dilaksanakan susulan insiden kontena menghempap sebuah kereta di Jalan Sepanggar, kira-kira jam 6 petang pada Ahad yang mengorbankan dua beranak.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu berkaitan kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan kenderaan bermotor.

“Tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 28 akta sama terhadap pihak yang meletakkan kontena sehingga menghalang lalu lintas,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Apresiasi Kecermelangan Sukan PDRM Kontinjen Sabah, di sini, pada Isnin.

Jauteh berkata, keberadaan kontena di tepi jalan bukan sahaja berpotensi mengganggu pandangan pengguna jalan raya, malah proses mengalihkannya menggunakan jentera besar turut boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Sehubungan itu, PDRM akan mengambil tindakan secara konsisten terhadap mana-mana individu yang meletakkan kontena atau kenderaan sehingga menghalang lalu lintas di seluruh Sabah.

“Saya turut mencadangkan supaya PDRM bersama agensi berkaitan mengadakan perbincangan dengan pihak pelabuhan dan pihak lain yang terbabit dalam pengurusan kontena bagi memastikan kontena tidak diletakkan di tepi jalan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jauteh berkata, pemandu kren yang terlibat dalam insiden berkenaan sudah ditahan bagi mengenal pasti punca kontena itu diletakkan di tepi jalan, termasuk sama ada perbuatan berkenaan disengajakan atau disebabkan faktor lain.

“Pihak polis juga akan meneliti sama ada tindakan susulan boleh diambil terhadap syarikat yang terlibat selepas hasil siasatan diperoleh,” jelasnya.

Terdahulu, kejadian berlaku ketika suspek berusia 49 tahun mengendalikan mesin untuk mengalihkan kontena berkenaan hilang keseimbangan sebelum menyebabkan kontena itu menghempap sebuah kereta dan mengorbankan dua beranak.

Related Posts

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

LONG LAMA – Pendidikan keselamatan diri sejak peringkat sekolah rendah perlu diperkukuh bagi membantu kanak-kanak mengenali situasi berisiko, memahami batas pergaulan serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan ancaman. Pegawai Pendidikan Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000