Kerajaan MADANI terus lindungi pengguna ketika harga minyak dunia melonjak

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI kekal memberikan harga bahan api lebih rendah kepada rakyat walaupun perlu menanggung perbelanjaan subsidi minyak sekitar RM40 bilion setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan mengekalkan perlindungan kepada pengguna dibuat ketika harga minyak dunia meningkat ketara, sekali gus meletakkan tekanan besar terhadap kedudukan kewangan negara.

Menurut beliau, keputusan membantu rakyat melalui subsidi perlu dilihat dalam konteks tanggungjawab kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup, terutama ketika harga komoditi global mengalami kenaikan.

“Ketika unjuran ekonomi dibuat tahun lalu, harga minyak dianggarkan sekitar AS$70 setong, namun harga pasaran kemudiannya melonjak sehingga sekitar AS$115 hingga AS$120 setong.

“Subsidi minyak saja tambah berapa? RM40 bilion ringgit kerana kita turunkan harga minyak 99 sen itu, berapa belanja untuk satu tahun? RM40 bilion,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, pada Isnin.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui langkah terbabit tidak menyelesaikan semua masalah yang dihadapi rakyat.

Katanya, rasionalisasi subsidi merupakan antara langkah ekonomi yang sukar dilaksanakan kerana berpotensi menimbulkan ketidakpuasan hati, namun kebocoran dan pembaziran perlu ditangani.

“Kerajaan perlu mengimbangi keperluan melindungi pengguna dengan pengurusan fiskal yang berdisiplin supaya perbelanjaan negara tidak terus dibebani ketirisan dan pembaziran,”

“Puluh bilion hilang. Tapi tidak ada yang sanggup dan berani,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan, langkah mengurangkan ketirisan perlu berjalan seiring dengan bantuan kepada rakyat.

“Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan untuk meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.

“Kerajaan perlu memastikan penjawat awam diberikan ganjaran sewajarnya, sambil menuntut peningkatan produktiviti, integriti dan kecekapan dalam melaksanakan tugas,” katanya.

Tambahnya, kekuatan ekonomi tidak boleh diukur semata-mata berdasarkan pertumbuhan atau angka fiskal, sebaliknya turut bergantung pada sejauh mana dasar kerajaan dapat membantu rakyat menghadapi tekanan kos kehidupan.

Related Posts

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan ditambah baik, khususnya membabitkan prosedur penutupan sekolah dan persediaan pembelajaran sekiranya institusi pendidikan terpaksa ditutup selama beberapa hari berikutan keadaan jerebu. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000