Kebebasan mengkritik perlu beradab, bukan ruang buli siber – MCMC

PUTRAJAYA – Kebebasan bersuara dan mengkritik perlu dilaksanakan secara beradab serta bertanggungjawab, tanpa dijadikan alasan untuk melakukan buli siber, tegas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada gangguan, ugutan, penghinaan, serangan peribadi atau penyebaran maklumat peribadi yang boleh mengancam keselamatan dan maruah individu.

Menurutnya, perbuatan sedemikian tidak seharusnya dinormalisasikan dalam masyarakat yang menghormati kebebasan bersuara dan nilai saling menghormati.

“MCMC menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menegaskan bahawa setiap kebebasan datang bersama-sama tanggungjawab, khususnya dalam penggunaan media sosial.

“Suruhanjaya ini turut mengambil perhatian terhadap kebimbangan Seri Paduka Baginda mengenai penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan palsu serta penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan fitnah dan kebencian,” menurut kenyataan itu.

MCMC berkata, pihaknya akan terus memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat menerusi kerjasama dengan penyedia platform, agensi berkaitan dan masyarakat.

Katanya, sebarang kandungan yang disyaki melanggar undang-undang akan diteliti dan dikenakan tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu, MCMC menyeru rakyat supaya menghayati titah Seri Paduka Baginda dengan menghormati perbezaan pandangan, menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi serta menjaga adab dan maruah orang lain dalam setiap interaksi dalam talian.

Related Posts

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

SEPANG – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peniaga, Muhammad Zubair…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

BALI – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan pertemuan bersama Singapura dirancang pada Disember ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal