Pas jangan jadi ‘bacul’, sanggup jadi penjilat UMNO serah kerusi disandang PN

AYER KEROH – Akar umbi dan pimpinan Pas di Melaka didakwa akan memboikot gerak kerja parti dan kempen sekiranya dua kerusi yang dimiliki Perikatan Nasional (PN) diserahkan kepada UMNO selepas kemungkinan kerjasama antara gabungan itu dan Barisan Nasional (BN) akan direalisasikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sumber kepimpinan Pas Melaka menyatakan, wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti peringkat kawasan dan akar umbi terhadap rundingan pembahagian kerusi yang didakwa mengetepikan kepentingan Pas, selain menimbulkan persoalan mengenai hala tuju parti sekiranya PN memilih bekerjasama dengan BN bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH).

Beliau mendedahkan, ketika ini PN dan Pas tidak akan meletakkan calon di DUN Sungai Udang bagi memberi laluan kepada BN, yang dikatakan bakal diwakili Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin.

“Kita amat kecewa apabila kepimpinan tertinggi Pas dan PN dilihat lebih meletakkan kepentingan diri dalam arena politik berbanding mendengar suara kepimpinan parti yang menyakini Pas boleh memiliki peluang untuk menang lebih banyak kerusi di Melaka jika bergerak solo.

“Sehubungan itu, kami kepimpinan di peringkat negeri tidak akan teragak-agak untuk memboikot kerana Pas seolah-olah menjadi pengecut dan menjadi penjilat kepada UMNO semata-mata mahu bergabung dengan BN untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH).

“Takkan sewenang-wenangnya PN dan Pas menyerahkan kerusi penyandang milik PN demi bergabung dengan BN. Itu satu perkara yang kami tidak boleh terima,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Sementara itu, seorang ahli Pas yang mahu dikenali sebagai Sulaiman mendakwa, selain Sungai Udang, kerusi DUN Bemban turut menjadi pertikaian berikutan kemungkinan kedua-dua kerusi itu diberikan kepada Wawasan sekiranya kerjasama dengan UMNO tidak dimuktamadkan.

“Sepatutnya Pas dan PN mengutamakan dulu kerusi yang dimiliki PN yang dimenangi Bersatu kepada Pas kerana kekuatan PN dan jenama Pas itu lebih dikenali oleh penduduk di sini, khususnya warga emas,” katanya.

Tambahnya, keadaan itu dikhuatiri menyebabkan jentera Pas di peringkat negeri dan kawasan terpaksa membantu calon parti lain, sedangkan sumbangan mereka mungkin tidak seimbang dengan kedudukan parti dalam gabungan.

“Pengakhirannya nanti, kamilah Pas di peringkat negeri dan kawasan terpaksa menjadi jentera untuk Wawasan. Apabila menang, diorang akan lebih mengutamakan parti sendiri berbanding parti parti komponen di dalam PN.

‘Kalau bersama BN, lagi kita parah. Kalau Pas jadi calon walaupun bersama, ingat mereka akan hantar ramai jentera seperti mana kita bantu mereka, memang tidaklah.

“Kalau Wawasan pun serpihan parti Bersatu, jadi perangai mereka sama sahaja. Hanya mengharapkan jentera yang dimiliki Pas dan lama kelamaan mereka juga akan demand untuk menjadi abang besar seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dan Bersatu terhadap PN dan Pas,” katanya.

Related Posts

Akmal pengecut jika lari dari Merlimau

PRESIDEN Parti Perkasa Bumiputera Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali menemplak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh sebagai pengecut seandainya tidak berani mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas hipokrit, laung penyatuan ummah tetapi cetus perpecahan Melayu – Ibrahim Ali

SLOGAN penyatuan ummah yang sering dilaungkan Pas dilihat bercanggah dengan tindakan parti itu sendiri apabila hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) retak, manakala Perikatan Nasional (PN) kini berdepan kemelut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal