Tanamam sireh, penempatan Rohingya disita

TANAH MERAH – Kawasan tanaman sireh dan penempatan warga Rohingya di Kampung Padang Guchil, Tanah Merah, disita pada Khamis susulan pemeriksaan pihak berkuasa berhubung penggunaan tanah pertanian yang tidak mengikut syarat ditetapkan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati tanah persendirian melibatkan Lot 367, 368 dan 369 di Mukim Tanah Merah itu ditetapkan untuk tanaman getah dan dusun.

Siasatan awal Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah (PTJTM) mendapati terdapat struktur binaan yang digunakan sebagai kediaman serta kawasan tanaman sireh di atas tanah berkenaan.

Pemeriksaan turut menemukan empat warga Rohingya, dengan seorang memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), manakala tiga lagi tidak mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Menurut Hilmi, hasil temu bual mendapati mereka menyewa premis berkenaan daripada seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti, pada kadar RM2,000 setahun.

Aktiviti penempatan itu dipercayai telah berlangsung kira-kira dua tahun berdasarkan maklumat awal yang diperoleh pihak berkuasa.

Susulan itu, hasil siasatan dimaklumkan kepada Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan oleh pihak majlis turut membawa kepada pengeluaran beberapa notis berkaitan pembinaan tanpa kebenaran dan ketiadaan permit kerja tanah.

Foto: Sinar Harian

Related Posts

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

LONG LAMA – Pendidikan keselamatan diri sejak peringkat sekolah rendah perlu diperkukuh bagi membantu kanak-kanak mengenali situasi berisiko, memahami batas pergaulan serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan ancaman. Pegawai Pendidikan Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000