Bantuan lesen motosikal B2 DUN Tellian dibuka hingga 20 November

MUKAH – Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) motosikal Kelas B2 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian kembali dilaksanakan bagi memberi peluang kepada penduduk yang layak mendapatkan lesen memandu dengan bayaran penyertaan RM250.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, permohonan dibuka sehingga 20 November ini dengan borang boleh diperoleh di Pusat Khidmat DUN N.57 Tellian atau Akademi Memandu Setia Sdn Bhd.

Menurutnya, orang ramai yang berminat turut boleh memuat turun borang permohonan menerusi pautan yang disediakan.

“Borang permohonan adalah percuma dan perlu dikembalikan ke Pusat Khidmat DUN N.57 Tellian atau Akademi Memandu Setia Sdn Bhd sebelum 20 November 2026,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press (TMP).

Royston berkata, semua permohonan yang diterima akan melalui proses tapisan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan peserta memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

Menurutnya, yuran penyertaan sebanyak RM250 hanya perlu dijelaskan selepas pemohon berjaya melepasi proses tapisan berkenaan.

“Antara syarat utama permohonan ialah warganegara Malaysia yang memiliki MyKad biru, berumur genap 16 tahun pada atau sebelum 30 November 2026, sihat dari segi fizikal dan mental serta belum pernah memiliki mana-mana lesen memandu,” katanya.

Beliau berkata, pemohon juga perlu bebas daripada senarai hitam JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melayakkan mereka menyertai program tersebut.

Sehubungan itu, pemohon yang mempunyai saman atau disenaraihitamkan oleh agensi berkenaan perlu menyelesaikan perkara tersebut sebelum tarikh tutup permohonan.

Program berkenaan memberi peluang kepada penduduk DUN Tellian yang memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen memandu motosikal Kelas B2 menerusi proses permohonan dan tapisan yang ditetapkan.

Related Posts

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

KUANTAN – Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan selepas polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian menerusi lima operasi berasingan di Kuantan dan Genting Highlands, Bentong antara 6…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perkenal bon 10 peratus elak induk ternakan dijual terlalu awal

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan sistem bon ternakan bernilai 10 peratus daripada harga ternakan bagi memastikan penternak tidak menjual induk lembu dan kambing terlalu awal, sekali gus meningkatkan populasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal