Pearly Tan-M Thinaah juara Terbuka Denmark

PASANGAN sensasi negara, Pearly Tan-M Thinaah menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjuarai acara beregu wanita Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita, hari ini.

Aksi yang berlangsung di SJ Bank Arena, Odense, menyaksikan pasangan negara yang menghuni ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk menang straight set, 21-18, 21-11 dalam tempoh 36 minit, lapor Bernama.

Untuk rekod, kali terakhir beregu wanita negara memenangi Terbuka Denmark adalah pada 2008 menerusi Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.

Kemenangan itu adalah gelaran kedua Pearly Tan-M Thinaah selepas muncul juara pada Indonesia Masters awal tahun ini.

Malaysia berpeluang menambah satu lagi gelaran di Terbuka Denmark menerusi beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan turun menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri di final.

Related Posts

Carrick puas hati walau United seri 1-1 lawan Leeds

PENGENDALI Manchester United, Michael Carrick mengambil sisi positif daripada ketahanan mental anak buahnya ketika seri 1-1 menentang Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). United kini hanya mencatat satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Climbathon Kinabalu ke-33 lahirkan juara baharu, Itali dan Sepanyol ungguli kategori elit

KOTA KINABALU – Pelari Itali, Alex Oberbacher dan wakil Sepanyol, June Villaroel mencipta kejayaan tersendiri apabila muncul juara baharu kategori Elit Lelaki dan Elit Wanita pada Mount Kinabalu International Climbathon…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000