PH selesai saringan calon PRN Melaka termasuk semakan SPRM – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) selesai melaksanakan proses saringan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, termasuk semakan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, calon yang dipilih juga perlu menandatangani bon yang ditetapkan parti, dengan denda dikenakan sekiranya mereka melanggar syarat berkenaan.

“Sekiranya ada pelanggaran, maka perlu dikenakan denda. Kalau bagi Ahli Parlimen sebelum ini, denda RM10 juta,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Smart Parents Interactive Hub, di sini, hari ini.

Beliau berkata, PH dijadual mengumumkan calon mereka pada 24 Oktober ini selepas proses pemilihan selesai dimuktamadkan.

Menteri Komunikasi itu berkata, calon PH dijangka terdiri daripada gabungan muka baharu dan individu berpengalaman, termasuk mereka yang pernah bertanding atau memenangi pilihan raya sebelum ini.

Katanya, komposisi calon turut mengambil kira perubahan kawasan yang akan ditandingi susulan perbincangan dengan parti rakan.

“Berdasarkan apa yang saya tahu, walaupun belum dimuktamadkan sepenuhnya, ia adalah kombinasi. Ada yang berpengalaman, ada yang pernah bertanding, ada yang pernah menang, ada yang mungkin pernah bertanding di tempat lain,” katanya.

PRN Melaka ke-16 dijadual berlangsung pada 14 November ini, dengan hari penamaan calon pada 31 Oktober, manakala pengundian awal ditetapkan pada 10 November.

Pada PRN Melaka lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, manakala PH memperoleh lima kerusi.

Related Posts

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

SEPANG – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peniaga, Muhammad Zubair…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

BALI – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan pertemuan bersama Singapura dirancang pada Disember ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal