Jerebu: Malaysia teliti bantuan tambahan kebakaran Indonesia

AYER KEROH – Keadaan jerebu tebal yang menjejaskan jarak penglihatan menjadi antara cabaran utama dalam usaha Malaysia menyalurkan bantuan bagi memadam kebakaran hutan di Indonesia, termasuk kemungkinan menggerakkan aset udara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bentuk bantuan tambahan itu sedang dibincangkan oleh pegawai kanan kedua-dua negara sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan.

Beliau berkata, antara bantuan yang dipertimbangkan ialah penggunaan helikopter dan pesawat pengebom air bagi membantu operasi memadam kebakaran di kawasan terjejas.

“Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini berunding dengan rakan sejawat masing-masing berhubung perkara itu.

“Hasil perbincangan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat bagi kelulusan menghantar bantuan bersesuaian,” katanya selepas menutup Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) ke-10 di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata, Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang meluas di negara itu, susulan keputusan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluluskan tawaran bantuan daripada negara jiran.

Mohamad berkata, Malaysia tidak boleh berdiam diri memandangkan kebakaran hutan di Indonesia turut memberi kesan kepada negara serantau, namun sebarang operasi bantuan perlu mengambil kira faktor keselamatan.

Katanya, usaha memadamkan kebakaran berdepan cabaran besar berikutan lokasi kebakaran yang jauh di kawasan pedalaman, selain jerebu tebal yang menjejaskan jarak penglihatan.

“Memang susah untuk menghantar trak atau peralatan lain kerana kebakaran berlaku jauh di pedalaman.

“Pilihan yang ada ialah memadamkan kebakaran menggunakan pesawat, tetapi pesawat juga berdepan masalah untuk terbang disebabkan ketebalan jerebu.

“Jarak penglihatan dilaporkan tidak sampai 50 meter, manakala indeks pencemaran di kawasan Kalimantan mencecah 1,000,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu turut menyebabkan pasukan Jepun yang sebelum ini terbabit dalam usaha membantu operasi terpaksa pulang kerana tidak dapat meneruskan misi.

Katanya, Malaysia akan memastikan sebarang bantuan udara dilaksanakan secara berhati-hati bagi mengelakkan risiko terhadap juruterbang dan anggota yang terbabit dalam operasi.

Related Posts

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan ditambah baik, khususnya membabitkan prosedur penutupan sekolah dan persediaan pembelajaran sekiranya institusi pendidikan terpaksa ditutup selama beberapa hari berikutan keadaan jerebu. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000