TAWAU – Pengerusi PH Sabah yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ir. Mustapha Sakmud menyatakan komitmennya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, kerusi milik PKR itu akan dipertahankan sehingga ke tahap usaha terakhir, meskipun pembahagian kerusi antara parti masih tertakluk kepada rundingan.
“Kerusi yang paling ‘confirm’ Sepanggar. Saya akan pertahankan sehingga titik peluh terakhir, “katanya kepada media selepas diminta mengulas berkenaan kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang, di Tawau.
Mengenai kerusi Parlimen Tawau dan Kalabakan, beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah berkata, keputusan tidak boleh ditetapkan ketika ini kerana perkara itu akan diputuskan menerusi rundingan berdasarkan kekuatan setiap parti.
Katanya, semua parti politik mempunyai hasrat untuk bertanding kerana perkara itu merupakan antara teras kewujudan sesebuah parti.
“Usul dari peringkat Sabah memang ada, begitu juga keinginan semua parti.
“Jadi, kalau kita kata parti ini tidak mahu bertanding, mustahil.
“Memang akan ada rundingan antara parti nanti dan kita akan lihat kekuatan masing-masing,” jelasnya.
Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak
LONG LAMA – Pendidikan keselamatan diri sejak peringkat sekolah rendah perlu diperkukuh bagi membantu kanak-kanak mengenali situasi berisiko, memahami batas pergaulan serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan ancaman. Pegawai Pendidikan Daerah…
Lebih lanjut




