Bot kargo bawa empat tan CPO dirampas di perairan Sandakan


SANDAKAN – Sebuah bot kargo membawa kira-kira empat tan minyak sawit mentah (CPO) dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki melanggar peraturan ditetapkan di perairan Sandakan, awal pagi Sabtu.

Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, rampasan itu dilakukan menerusi Op Sejahtera 1/2022, Op Khas Cegah PATI (OCP) Utara COVID-19 dan Op Tiris 4.0 susulan maklumat awam berhubung aktiviti mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah bot kargo yang dikesan berhampiran sebuah tongkang di perairan Sandakan itu mendapati bot berkenaan membawa CPO yang dianggarkan seberat empat tan.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan minyak petrol dan sebuah enjin pam, selain dua enjin sangkut berkuasa 50 kuasa kuda (HP) yang turut dirampas bersama bot kargo berkenaan,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.


Beliau berkata, keseluruhan nilai rampasan membabitkan bot kargo, CPO, minyak petrol, enjin pam dan dua enjin sangkut dianggarkan berjumlah RM63,792.

Katanya, bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 kerana gagal mempamerkan ikrar pergerakan domestik seperti ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Bot itu turut disyaki melanggar Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana gagal mempamerkan lesen bot.

“Bot kargo bersama barang kes kemudian dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Tiada individu ditahan dalam operasi berkenaan,” ujarnya.

Tegas Muhamad Suhairy Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang, selain memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan menerusi talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Related Posts

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

KUANTAN – Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan selepas polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian menerusi lima operasi berasingan di Kuantan dan Genting Highlands, Bentong antara 6…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perkenal bon 10 peratus elak induk ternakan dijual terlalu awal

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan sistem bon ternakan bernilai 10 peratus daripada harga ternakan bagi memastikan penternak tidak menjual induk lembu dan kambing terlalu awal, sekali gus meningkatkan populasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal