Anggota narkotik parah dilibas parang ketika serbuan dadah

TANAH MERAH – Seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan cedera parah selepas dilibas parang oleh seorang lelaki ketika operasi membanteras kegiatan dadah di Kampung Lalang Pepuyu di sini, pada tengah hari tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.35 tengah hari ketika sepasukan anggota JSJN Kelantan bersama anggota Balai Polis Bukit Bunga dan Balai Polis Lalang Pepuyu menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia kira-kira 30 tahun melarikan diri sebaik sahaja serbuan dilakukan sebelum dikejar anggota polis.

“Ketika cuba menangkapnya, suspek bertindak agresif dengan melibas parang ke arah anggota polis sehingga menyebabkan seorang anggota cedera parah dan mengalami keretakan pada tangan kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan. Polis turut merampas sebilah parang berukuran kira-kira 35 sentimeter, pil disyaki yaba seberat kira-kira 0.1 gram serta sebotol cecair disyaki air ketum.

Mohd Yusoff berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod kesalahan berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Operasi menerusi Ops Tapis Bersepadu Sempadan itu dilaksanakan JSJN Kelantan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di empat daerah, iaitu Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli.

Operasi berkenaan bertujuan mengekang kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di sempadan Malaysia-Thailand.

Gambar: Awani

Related Posts

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

LONG LAMA – Pendidikan keselamatan diri sejak peringkat sekolah rendah perlu diperkukuh bagi membantu kanak-kanak mengenali situasi berisiko, memahami batas pergaulan serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan ancaman. Pegawai Pendidikan Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000