Wanita ditahan bantu siasatan penemuan mayat bayi dalam longkang

KUALA BERANG — Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi di dalam longkang di kawasan perumahan Padang Setengge, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, berkata, wanita itu ditahan di kediamannya kira-kira 3.30 petang semalam.

Katanya, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan cara melupuskan atau menyembunyikan mayat bayi secara sulit

“Bedah siasat dilakukan oleh pakar patologi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah mendapati bayi berkenaan cukup bulan dan dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam sebelum pemeriksaan dijalankan pada 9 pagi.

“Bagaimanapun, pemeriksaan itu belum dapat menentukan sama ada bayi berkenaan dilahirkan hidup atau sudah meninggal dunia, selain punca kematian dan jantinanya,” katanya.

Menurut Sharudin, mayat bayi itu ditemui seorang wanita di dalam longkang ketika membasuh pakaian di belakang rumahnya di kawasan perumahan berkenaan. Laporan awal menyebut beberapa bahagian tubuh bayi itu tiada.

Tambahnya, penahanan tersebut membantu siasatan mengenal pasti keadaan kelahiran serta kaitan wanita berkenaan dengan kejadian. 

Related Posts

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

KUANTAN – Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan selepas polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian menerusi lima operasi berasingan di Kuantan dan Genting Highlands, Bentong antara 6…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perkenal bon 10 peratus elak induk ternakan dijual terlalu awal

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan sistem bon ternakan bernilai 10 peratus daripada harga ternakan bagi memastikan penternak tidak menjual induk lembu dan kambing terlalu awal, sekali gus meningkatkan populasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal