Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

PEKAN – Dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Pekan atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) lembam di sebuah pondok pada 6 Oktober lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 16 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun, semalam.

Bagaimanapun, mahkamah tidak menjatuhkan sebarang hukuman terhadap mereka pada prosiding berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa berusia 14 tahun 8 bulan di sebuah pondok di sini kira-kira jam 9 malam hingga 10 malam, pada 6 Oktober lalu.

Kedua- dua remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Sarah Aqilah Lokman manakala dua remaja berkenaan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Noor Shuhada Arifin.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 oleh ahli keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, hanya seorang daripada tertuduh yang dijamin oleh keluarganya manakala seorang lagi dihantar ke penjara selepas gagal menjelaskan bayaran jaminan berkenaan.

Kes disebut 30 November depan untuk sebutan semula kes bagi mendengar laporan akhlak.

Related Posts

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

KUCHING – Sarawak perlu memperkukuh kepakaran tempatan dalam bidang pemuliharaan warisan bagi memastikan bangunan bersejarah, identiti budaya dan khazanah masyarakat terus terpelihara untuk generasi akan datang. Penasihat Old Kuching Smart…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

MATU – Kecemerlangan akademik perlu seiring dengan pembentukan adab, akhlak dan disiplin bagi melahirkan generasi berilmu serta berkeperibadian tinggi. Ahli Parlimen Igan, Datuk Ahmad Johnie Zawawi berkata, kejayaan sebenar bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan matikan suara mahasiswa!

Jangan matikan suara mahasiswa!

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

  • By Fatin
  • October 17, 2026
16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran