Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

KUALA LUMPUR – Usaha memperkukuh penyelidikan dan memperluas wacana pemikiran Islam terus mendapat sokongan kerajaan bagi memastikan sumbangan bidang keilmuan itu dapat dimanfaatkan dalam pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya merangkap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, hari ini.

Menerusi hantaran di platform X, beliau berkata pertemuan itu turut membincangkan Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) 2027-2030 yang memfokuskan penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat dan pengukuhan jaringan keilmuan.

“Pertemuan membincangkan Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) 2027-2030 yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat dan pengukuhan jaringan keilmuan,” katanya.

Menurutnya, cadangan penganjuran Seminar Antarabangsa Pemikiran al-Qaradawi pada tahun depan turut dibincangkan bagi memperluas perbahasan mengenai pemikiran Islam dan cabaran tadbir urus negara masa kini.

Dalam hantaran berasingan, Anwar berkata, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pertubuhan masyarakat yang komited menyokong agenda pembangunan negara, memperkukuh nilai kebersamaan dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan delegasi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) yang diketuai Presidennya, Datuk Mohd Foad Mat Isa.

Anwar berkata, pertemuan itu menjadi ruang untuk mempererat hubungan antara kerajaan dengan pertubuhan masyarakat, selain memperkukuh kerjasama dalam memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

POLEMIK mengenai cara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menegur Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim tidak seharusnya dijadikan politik pertikaian atau ‘alih perhatian’ daripada persoalan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

KANGAR – Pendakwah, Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan