Henti sementara pergerakan lori balak hingga siasatan selesai – Suhaimi

SANDAKAN – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menggesa pergerakan lori-lori balak dihentikan sementara sehingga siasatan kemalangan maut di Batu 27, Sandakan selesai.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terpelihara selain membolehkan penilaian menyeluruh terhadap aspek keselamatan dan pematuhan peraturan dijalankan.

“Sebanyak 382 batang kayu balak dengan isipadu 1,148.63 meter padu telah diberikan kebenaran untuk dipindahkan dari Beluran ke Sandakan menerusi surat Jabatan Perhutanan Sabah bertarikh 12 Oktober 2026.

“Jumlah ini dianggarkan melibatkan sekitar 350 perjalanan lori, tertakluk kepada kapasiti muatan sebenar,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Suhaimi berkata, pergerakan lori balak dalam jumlah besar memerlukan pemantauan rapi dengan mengambil kira keadaan jalan raya, kepadatan trafik, saiz serta kepanjangan lori dan risiko terhadap pengguna jalan raya lain.

Beliau turut mempersoalkan tahap pematuhan terhadap syarat keselamatan yang ditetapkan dalam surat kelulusan Jabatan Perhutanan Sabah (SFD), termasuk had berat muatan 38 tan metrik, permit dan kelayakan pemandu yang sah, penggunaan kanvas untuk menutup muatan serta jarak sekurang-kurangnya 50 meter antara lori.

“Persoalannya, adakah semua syarat ini dipatuhi dan dikuatkuasakan secara berkesan?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya waktu perjalanan lori balak dinilai semula, termasuk mempertimbangkan pergerakan antara pukul 9 malam hingga 4 pagi ketika jumlah kenderaan di jalan raya lazimnya lebih rendah.

Bagaimanapun, katanya, cadangan itu perlu mengambil kira faktor pencahayaan, jarak penglihatan, keadaan jalan serta keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya lain, selain penilaian profesional sebelum sebarang perubahan dilaksanakan.

Sehubungan itu, Suhaimi meminta SFD dan agensi penguatkuasaan berkaitan menghentikan sementara pergerakan lori balak yang terlibat sehingga siasatan kemalangan selesai dan penilaian keselamatan menyeluruh dilaksanakan.

Beliau turut menggesa polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SFD menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap permit, had muatan, keadaan kenderaan, kelayakan pemandu, laluan serta pematuhan waktu operasi.

“Sebarang pelanggaran hendaklah disiasat dan diambil tindakan mengikut undang-undang.

“Tiada kepentingan ekonomi yang boleh mengatasi keselematan dan nyawa manusia,” ujarnya.

Beliau turut menuntut ketelusan dan akauntabiliti semua pihak berkaitan serta menegaskan tindakan tegas perlu diambil tanpa pilih kasih sekiranya terdapat kecuaian atau pelanggaran peraturan.

Suhaimi berkata, langkah pencegahan perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus menjadi keutamaan.

Related Posts

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

KUCHING – Sarawak perlu memperkukuh kepakaran tempatan dalam bidang pemuliharaan warisan bagi memastikan bangunan bersejarah, identiti budaya dan khazanah masyarakat terus terpelihara untuk generasi akan datang. Penasihat Old Kuching Smart…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

MATU – Kecemerlangan akademik perlu seiring dengan pembentukan adab, akhlak dan disiplin bagi melahirkan generasi berilmu serta berkeperibadian tinggi. Ahli Parlimen Igan, Datuk Ahmad Johnie Zawawi berkata, kejayaan sebenar bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan matikan suara mahasiswa!

Jangan matikan suara mahasiswa!

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

  • By Fatin
  • October 17, 2026
16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran