Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

PELAJAR Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit yang popular baru-baru ini kerana soalannya disifatkan segelintir sebagai kontroversi menegaskan ia inisiatif sendiri, bukannya disediakan atau diarahkan mana-mana pihak politik.

Menerusi hantaran di Threads hari ini, dia menjelaskan bahawa persoalan yang dibangkitkan bertujuan mendapatkan pandangan panel mengenai cara golongan muda menentang rasuah, budaya feudal dan membina pemikiran kritis berasaskan fakta serta data.

Katanya, dia sengaja mengemukakan tiga contoh isu yang menjadi perhatian masyarakat ketika ini, termasuk dakwaan anak seorang ahli politik menerima RM4 juta tanpa bekerja, skandal Tabung Haji yang dikaitkan dengan tokoh politik serta kutipan derma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membayar denda RM50 juta.

“Saya ‘personally’ nyatakan soalan ‘corruption’ itu. Saya bagi tiga contoh isu ‘corruption’ yang viral sekarang ini,” katanya.

Ummi Umairah berkata, penggunaan perkataan “bodoh” ketika menyentuh tindakan orang ramai menderma kepada Najib bertujuan menekankan apa yang disifatkannya sebagai kejahilan terhadap isu berkenaan, bukannya untuk menghina individu secara peribadi.

Katanya, soalan itu dirangka sendiri berdasarkan isu yang turut dibincangkan dalam lingkungan sosialnya, selain tidak menyebut mana-mana parti politik secara khusus.

“Siapa-siapa yang cakap ‘scripted’ atau orang kuat PH (Pakatan Harapan), saya baca soalan yang saya buat sendiri. Bagi saya, ‘circle’ saya pun cakap pasal benda ini,” katanya.

Dia menegaskan kritikan terhadap isu rasuah tidak seharusnya terus dikaitkan dengan sokongan kepada mana-mana parti politik, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan persoalan yang dibangkitkan dan fakta berkaitan.

“Dua perkara salah tidak menjadikan salah satu daripadanya benar,” katanya sambil menegaskan bahawa dia mengkritik sebarang perbuatan yang dianggap salah tanpa menjadi wakil atau orang suruhan mana-mana pihak politik.

Ummi Umairah turut berpandangan isu rasuah perlu diberikan perhatian setanding isu teknologi kecerdasan buatan (AI), perubahan iklim dan reformasi pendidikan.

Mengulas tindakan membaca soalan ketika sesi dialog, dia berkata perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa, terutama apabila ramai pelajar mengambil bahagian dan sesi berlangsung pada penghujung program.

Katanya, dia tidak melihat tindakan membaca soalan sebagai satu kesalahan, selain menyifatkan kritikan terhadap pemimpin dan kerajaan sebagai sebahagian daripada budaya perbincangan yang wajar dalam kalangan mahasiswa.

Majlis tersebut dikendalikan tiga ahli panel yang juga ahli politik iaitu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Related Posts

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

KUALA LUMPUR – Usaha memperkukuh penyelidikan dan memperluas wacana pemikiran Islam terus mendapat sokongan kerajaan bagi memastikan sumbangan bidang keilmuan itu dapat dimanfaatkan dalam pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

KANGAR – Pendakwah, Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

“I don’t want to see you,” Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim

“I don’t want to see you,” Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim