Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

PUTRAJAYA – Semakan terhadap syarikat perladangan kelapa sawit Malaysia yang beroperasi di Indonesia tidak menemukan penglibatan mereka dalam aktiviti pembakaran terbuka yang mencetuskan kebakaran di negara itu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa kebanyakan lokasi pembakaran yang dilaporkan berada di luar kawasan konsesi sawit milik syarikat Malaysia.

Beliau berkata, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad, turut diminta mengadakan sesi libat urus dengan syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Jemaah Menteri dimaklumkan kebanyakan daripada apa yang telah disaksikan dalam aktiviti pembakaran itu tidak berlaku di dalam konsesi sawit milik syarikat Malaysia.

“Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai kebakaran di sebuah ladang Genting Plantations seluas lima hektar di Indonesia yang dipercayai berpunca daripada api yang merebak dari kawasan luar sebelum berjaya dipadamkan,” katanya.

Fahmi berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin ini turut membincangkan isu jerebu, termasuk langkah penyelarasan antara kementerian berkaitan.

Sementara itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneruskan sesi libat urus khusus dengan syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung situasi kebakaran.

Beliau berkata, garis panduan sedia ada yang digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menangani kesan jerebu adalah berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang sedang berkuat kuasa.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, KKM, KPM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan keperluan penyelarasan lebih baik bagi menangani kesan jerebu, khususnya membabitkan aktiviti sukan luar bangunan serta pembukaan sekolah dan tempat pembelajaran.

Katanya, maklumat lanjut mengenai langkah menangani jerebu dijangka menyusul selepas perbincangan lanjut antara kementerian berkaitan.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000: Kerajaan elak kenaikan mendadak, bimbang inflasi

PUTRAJAYA – Penetapan kadar gaji minimum RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 dibuat selepas kerajaan mengambil kira kesan kenaikan gaji terhadap inflasi, harga barang serta kemampuan ekonomi menampung peningkatan kos berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenderaan rosak selepas isi petrol, KPDN minta pengguna tampil buat aduan

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti dakwaan petrol bercampur air yang dipercayai menyebabkan kerosakan beberapa kenderaan selepas mengisi bahan api di sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krian sasar liputan bekalan air menyeluruh menerusi projek RM425 juta

Krian sasar liputan bekalan air menyeluruh menerusi projek RM425 juta

Gaji minimum RM2,000: Kerajaan elak kenaikan mendadak, bimbang inflasi

Gaji minimum RM2,000: Kerajaan elak kenaikan mendadak, bimbang inflasi

Kenderaan rosak selepas isi petrol, KPDN minta pengguna tampil buat aduan

Kenderaan rosak selepas isi petrol, KPDN minta pengguna tampil buat aduan

Krisis Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz tegur sikap Ismail dalam video tular

Krisis Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz tegur sikap Ismail dalam video tular

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX