Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

PUTRAJAYA – Malaysia akan meneliti semula bentuk bantuan yang ditawarkan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan susulan situasi di negara itu yang dilaporkan semakin serius hingga mencetuskan jerebu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penelitian semula itu akan mengambil kira perkembangan kebakaran serta keperluan sebenar di lapangan sebelum bantuan dan aset Malaysia dihantar.

Beliau berkata, setakat ini, kerajaan masih belum memperoleh maklumat khusus mengenai jenis aset yang diperlukan Indonesia, manakala perbincangan lanjut mengenai tawaran bantuan itu masih berjalan.

“Isunya, api telah merebak dengan agak meluas. Jadi, apa-apa bentuk bantuan dan aset yang kami tawarkan sejak mungkin sebulan lalu perlu dinilai semula untuk memastikan bantuan itu benar-benar mencapai maksud.

“Perbincangan susulan akan dibuat. Namun, setakat ini belum ada maklumat terperinci ataupun khusus mengenai aset yang akan dihantar.

“Jadi, perbincangan itu masih berjalan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri, di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Kabinet turut dimaklumkan mengenai keadaan cuaca kering di Kalimantan yang dilaporkan tidak menerima hujan selama lebih 100 hari, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran.

Dalam perkembangan berkaitan, portal berita Indonesia melaporkan kebakaran hutan yang semakin meluas menyebabkan langit di Kalimantan Tengah bertukar jingga dan kawasan berkenaan dilitupi asap tebal.

Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan itu dilaporkan melepasi 1,200, berbanding paras 300 yang dikategorikan sebagai berbahaya.

Related Posts

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

MACHANG – Empat negeri di utara dan Pantai Timur, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merekodkan kadar pembabitan kes dadah melebihi ambang nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

PEMIMPIN Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti itu selama tiga bulan susulan pengakuannya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat pada 15 Oktober…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24