Hamzah takut bentang bajet alternatif, tetapi berani mahu ambil alih kerajaan – Mahfuz

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, perlu menjelaskan rancangan ekonomi dan pentadbiran pembangkang kepada rakyat sekiranya benar-benar bersedia mengambil alih kerajaan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Hamzah yang menyifatkan bajet alternatif sebagai usaha “syok sendiri” menimbulkan persoalan mengenai kesediaan pembangkang untuk mentadbir negara.

Menurutnya, alasan bahawa bajet alternatif tidak dapat dilaksanakan kerana pembangkang bukan kerajaan tidak seharusnya digunakan untuk mengelak daripada mengemukakan perancangan menyeluruh kepada rakyat.

“Kalau belum menjadi kerajaan dijadikan alasan untuk tidak menyediakan pelan menyeluruh, bagaimana rakyat hendak menilai kemampuan pembangkang sebelum memberikan mandat?

“Jangan minta rakyat membeli tiket dahulu, kemudian baru beritahu bas itu hendak dibawa ke mana,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mahfuz berkata, bajet alternatif bukan sekadar dokumen untuk dilaksanakan serta-merta, sebaliknya menjadi platform bagi sesebuah parti membuktikan keupayaannya mengurus hasil negara, mengawal defisit, membiayai pembangunan dan membantu rakyat.

Beliau turut mengingatkan bahawa Pakatan Harapan (PH) pernah membentangkan Bajet Alternatif 2018 ketika menjadi pembangkang, sekali gus menunjukkan perancangan ekonomi boleh dikemukakan walaupun belum memegang kuasa.

Dalam pada itu, Mahfuz membangkitkan cadangan Hamzah untuk menghubungkan rangkaian logistik dari timur ke barat serta membina pelabuhan baharu di Kota Bharu.

Katanya, cadangan berkenaan perlu disertakan dengan penjelasan mengenai kos projek, sumber pembiayaan, kajian kebolehlaksanaan dan manfaat ekonomi supaya rakyat dapat menilai kewajarannya.

“Idea projek ialah permulaan. Pelan pembiayaan dan pelaksanaan ialah bukti kesediaan,” katanya.

Beliau menyifatkan hasrat mengambil alih kerajaan tanpa mengemukakan perancangan yang boleh dinilai sebagai sesuatu yang wajar dipersoalkan, memandangkan pentadbiran negara melibatkan kehidupan, pekerjaan, pendidikan dan masa depan kira-kira 34 juta rakyat.

Mahfuz turut mengumpamakan keadaan itu seperti seseorang yang mahu mengambil alih sebuah syarikat dengan mendakwa pengurusan sedia ada tidak cekap, tetapi enggan mengemukakan rancangan perniagaan dan kewangan apabila diminta oleh pemegang saham.

Katanya, rakyat juga berhak mengetahui perancangan pembangkang sebelum menyerahkan mandat untuk mentadbir negara.

“Rakyat bukan sekadar mahu mendengar siapa yang mahu mengambil alih Putrajaya. Mereka mahu mengetahui apa yang pembangkang akan lakukan selepas mengambil alih kerajaan.

“Rakyat tidak meminta pembangkang melaksanakan bajet alternatif esok pagi. Mereka mahu melihat apa yang akan dilakukan sekiranya diberikan kuasa,” katanya.

Sehubungan itu, Mahfuz mencabar pembangkang supaya membentangkan pelan alternatif yang jelas dan boleh dinilai, bukannya sekadar melaungkan hasrat untuk mengambil alih kerajaan.

“Mahu mengambil alih kerajaan tetapi bajet alternatif dianggap ‘syok sendiri’. Jadi, rakyat hendak menilai kesediaan pembangkang berdasarkan apa?

” Berdasarkan slogan mahu berkuasa sahaja atau pelan sebenar untuk mentadbir negara?” katanya.

Beliau menegaskan, pembangkang yang mahu dinilai sebagai kerajaan alternatif perlu membuktikan kesediaan melalui perancangan konkrit, bukan sekadar slogan politik.

Related Posts

PRN Melaka: PKR tanding sembilan kerusi, calon diumum 24 Oktober

JOHOR BAHRU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding sembilan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November depan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, senarai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

UCAPAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membahaskan Belanjawan 2027 tiada perkara baharu atau cadangan alternatif yang jelas, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

GRS perkemas strategi politik, perkukuh persiapan PRU16

GRS perkemas strategi politik, perkukuh persiapan PRU16