IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mencapai 5.2 peratus tahun ini sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menerusi Laporan Tinjauan Ekonomi Serantau bagi Asia dan Pasifik edisi Oktober 2026 berkata, eksport berkaitan teknologi serta pelaburan kukuh dalam pusat data menjadi antara pemacu utama pertumbuhan rantau ini.

“Pada masa sama, pelaburan kukuh dalam pusat data di China, India, Jepun, Indonesia dan Malaysia turut menyumbang kepada pertumbuhan,” menurut laporan berkenaan.

Mengenai inflasi, IMF menjelaskan kesan kenaikan harga tenaga terhadap inflasi keseluruhan dan teras masih terkawal secara relatif di kebanyakan ekonomi maju serta pasaran sedang pesat membangun.

“Keadaan itu sebahagiannya disokong penggunaan inventori dan pelaksanaan langkah penstabilan harga secara meluas, termasuk di Malaysia, Korea dan Thailand.

“Usaha mengehadkan kesan kenaikan harga tenaga terhadap harga domestik menjadi antara matlamat utama dasar kerajaan, dengan lebih 80 peratus ekonomi melaksanakan langkah bagi membendung impak tersebut menggunakan purata dua hingga empat instrumen.

“Antara langkah yang diambil ialah mengekalkan harga bahan api atau utiliti pada paras tertentu serta menyediakan subsidi seperti di Malaysia, selain mengurangkan cukai dan duti bahan api di Kemboja serta Laos,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, IMF turut menyorot perkembangan permintaan domestik Malaysia, khususnya pertumbuhan penggunaan per kapita yang lebih pantas berbanding pendapatan.

Jurang pertumbuhan itu didapati lebih besar berbanding purata bagi ekonomi sedang pesat membangun dan ekonomi membangun, selain didorong peningkatan ketara pinjaman isi rumah daripada institusi perbankan.

IMF berkata, bagi ekonomi yang mencatat pertumbuhan penggunaan agak kukuh, termasuk Malaysia dan Thailand, dasar perlu memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tahan penggunaan.

“Usaha itu penting khususnya bagi isi rumah yang terdedah kepada risiko kewangan dan mempunyai tahap keberhutangan tinggi, bagi memastikan perbelanjaan domestik kekal mampan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi,” katanya.

Related Posts

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

CADANGAN Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM750 juta bagi membina kediaman siswa di enam universiti awam bukan isu besar kerana pelaburan itu berpotensi menjana pulangan kepada dana persaraan penjawat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran kekal rendah pada 3.0 tahun lalu berbanding 3.2 pada 2024 tidak mencerminkan sepenuhnya landskap pasaran buruh negara. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, landskap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis