Pegawai Kastam ditemukan maut, suami serah diri kepada polis

NILAI – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Menurut beliau, suami mangsa dipercayai terbabit dalam kejadian pembunuhan itu sebelum bertindak menyerah diri di balai polis.

“Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta menentukan waktu sebenar kejadian berlaku.

Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.

Alzafny berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Maklumat lanjut mengenai kejadian itu akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya.

Related Posts

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

TEMERLOH – Seramai 14 individu ditahan manakala 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu besar-besaran di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur, malam tadi. Operasi yang dijalankan dari jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua lelaki cedera, lori terbabas dan terbalik di Jalan Sibu-Bintulu

SIBU – Dua lelaki berdepan detik cemas dan mengalami kecederaan selepas sebuah lori jenis Isuzu yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di tepi jalan di Kilometer 114, Jalan Sibu-Bintulu, awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

159,232 PATI ditahan, 6,099 majikan diambil tindakan hingga Ogos 2026

159,232 PATI ditahan, 6,099 majikan diambil tindakan hingga Ogos 2026

199 kes jenayah babit pelarian Rohingya, Selangor tertinggi

199 kes jenayah babit pelarian Rohingya, Selangor tertinggi

Cadangan formula agihan negeri wajar diuji dengan angka, bukan sekadar prinsip