Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau berkata, penutupan itu membabitkan sekolah di bawah PPD Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama pada 16 Oktober 2026.

Sebelum ini, sebanyak 34 kawasan di seluruh negara dilaporkan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Klang, Selangor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 195.

Dalam kenyataan susulan, Fadhlina turut berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah meminta sekolah menangguhkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) pada minggu hadapan.

“Mengambil kira situasi jerebu semasa, KPM memutuskan supaya pelaksanaan UASA yang dijadualkan minggu hadapan ditangguhkan.

“Pihak sekolah akan menyusun semula jadual UASA dan memaklumkannya kepada ibu bapa. Kesihatan anak-anak tetap menjadi keutamaan kita,” katanya menerusi Facebook pada Khamis.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor turut merekodkan lapan kawasan dengan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Kawasan berkenaan ialah Pasir Gudang dengan bacaan 184, Batu Pahat (179), Larkin dan Tangkak masing-masing 178, Pengerang (166), Kluang (165), Segamat (162) serta Kota Tinggi (160).

Sementara itu, sebanyak 34 kawasan lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiada kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, manakala bacaan 51 hingga 100 dikategorikan sederhana.

Bacaan antara 101 hingga 200 pula berada pada tahap tidak sihat, 201 hingga 300 pada tahap sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah melakukan segala usaha sebaik mungkin menerusi rundingan dengan Indonesia bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang semakin membimbangkan ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000