ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

KUCHING – Agensi penguatkuasaan digesa untuk memperhebatkan usaha membanteras pengedaran dadah sintetik dan kegiatan perjudian dalam talian yang didakwa kian berleluasa dan berselindung di sebalik operasi kedai runcit 24 jam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, kegiatan tidak bermoral berkenaan perlu ditangani secara komprehensif bagi melindungi masyarakat, khususnya golongan muda daripada terjebak dalam kancah ketagihan.

Menurutnya, pengedaran bahan psikoaktif yang dikenali dengan nama jalanan seperti ‘piu-piu’ dan ‘mushroom’ amat menimbulkan kebimbangan berikutan penjualannya kini berani dipromosikan secara terbuka.

“Pengedaran dan penjualan dadah sintetik ini dipromosikan melalui media sosial, selain (sindiket) rakus menggunakan kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam dan kurier untuk penghantaran (kepada pelanggan),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027) 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, pada Khamis.

Sehubungan itu, Royston menegaskan tindakan penguatkuasaan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pengguna (penagih) semata-mata, sebaliknya operasi mesti menyasarkan pembekal utama dan melumpuhkan keseluruhan rangkaian pengedaran dadah tersebut.

Beliau turut menekankan kepentingan akses rawatan dan pemulihan kepada individu yang mengalami ketagihan, di samping memperkukuh kempen pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah seawal peringkat sekolah.

Menyentuh isu perjudian dalam talian, Royston membangkitkan dakwaan wujudnya premis perniagaan yang menawarkan perkhidmatan tambah nilai kredit perjudian secara tersembunyi di sebalik lesen operasi kedai runcit 24 jam. 

Beliau menggesa tindakan drastik diambil terhadap premis terbabit, termasuk membatalkan lesen perniagaan pihak berkenaan serta-merta mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam perkembangan berasingan, Royston turut membawa suara penduduk mengenai masalah gangguan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan DUN Tellian yang kerap menjejaskan urusan harian, pembelajaran dan aktiviti perniagaan setempat.

Pada perbahasan sama, beliau turut meminta penjelasan lanjut daripada kementerian bertanggungjawab mengenai status 378 permohonan projek Alternatif Bekalan Elektrik Luar Bandar (ALAF) di kawasannya, merangkumi jumlah permohonan yang telah diluluskan, masih dalam pertimbangan, serta unjuran perancangan pelaksanaannya.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar