Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

KUCHING – Projek pembangunan bandar pintar dan kesalinghubungan digital di Greater Kuching dianggarkan bernilai RM550 juta bagi memperkukuh infrastruktur digital serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bandar.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, projek menerusi inisiatif Kuching Smart City and Digital Connectivity itu dijangka memberi lonjakan kepada pembangunan infrastruktur digital di Kuching dan kawasan sekitarnya.

Menurutnya, inisiatif berkenaan melibatkan kerjasama kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerajaan Sarawak.

“Ini akan memberi satu lonjakan, terutama infrastruktur digital bagi kawasan sekitar Kuching dan projek ini dianggarkan bernilai RM550 juta,” katanya ketika ditemui oleh wartawan pada Khamis.

Terdahulu, Fahmi bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan projek berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Dokumen MoU itu dipertukarkan antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Elizabeth Loh. 

Kerjasama itu turut melibatkan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bagi memperluas capaian digital serta menyokong transformasi perkhidmatan bandar di kawasan Greater Kuching.

Menurut kenyataan rasmi MCMC, pelaksanaan awal projek merangkumi kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). 

Antara skop kerjasama yang dikenal pasti ialah pembangunan perkhidmatan bandar pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan data, platform bandar bersepadu serta pengukuhan infrastruktur rangkaian teras.

Fahmi berkata, projek itu juga akan menyokong penyediaan infrastruktur gentian optik bagi membolehkan pelaksanaan beberapa kemudahan bandar pintar termasuk kamera litar tertutup (CCTV).

Selain itu, kerjasama berkenaan turut merangkumi penyediaan Wi-Fi awam, pemantauan keselamatan bandar, sistem sokongan tindak balas kecemasan dan penggunaan teknologi kembar digital atau digital twin.

Pembangunan Pusat Operasi Rangkaian (Network Operations Centre, NOC) juga termasuk dalam skop yang dikenal pasti. 

Menurut MCMC, inisiatif berkenaan akan mengambil kira aspek keselamatan siber, perlindungan data dan keterangkuman digital bagi memastikan pembangunan bandar pintar dilaksanakan secara bertanggungjawab.

Pelaksanaan projek itu dijangka membantu meningkatkan pengurusan trafik dan kemudahan awam, selain menyokong tindak balas yang lebih pantas terhadap kejadian kecemasan.

Kerjasama tersebut selaras dengan aspirasi Malaysia Digital 2030 dan Sarawak Digital Economy Blueprint 2030. 

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Pengerusi PERDA tidak mengaku terima suapan RM800,000

GEORGE TOWN – Pengerus Lembaga Kemajuan Wilayah Tanah (PERDA), Datuk Ir. Shaik Hussein Mydin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 15 pertuduhan menerima suapan berjumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
557 lampu jalan solar dicadang dipasang di laluan ke Pekan Kabong

KUCHING – Sebanyak 557 unit lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar dicadangkan untuk dipasang di sepanjang laluan dari simpang Lebuh Raya Pan Borneo ke Pekan Kabong bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengerusi PERDA tidak mengaku terima suapan RM800,000

Pengerusi PERDA tidak mengaku terima suapan RM800,000

557 lampu jalan solar dicadang dipasang di laluan ke Pekan Kabong

557 lampu jalan solar dicadang dipasang di laluan ke Pekan Kabong

Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa esok

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa esok