PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

KUALA LUMPUR – Perbincangan mengenai senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai lebih 95 peratus.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pengumuman calon PH dijadualkan pada 24 Oktober ini dengan lokasi akan diumumkan kemudian.

“Insya-Allah, calon-calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) akan diumumkan pada 24 Oktober ini.

“Perbincangan di peringkat parti setakat ini, saya kira telah lebih 90 hingga 95 peratus selesai,” katanya ketika hadir sebagai tetami program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Belanjawan 2027: Memperkasa Komunikasi, Memacu Ekonomi Jingga”, pada Rabu.

Beliau berkata, perbincangan senarai calon dimulakan di peringkat parti komponen PH sebelum parti yang bertanding di sesuatu kerusi boleh mengadakan rundingan dengan pihak lain, sekiranya perlu.

“Sekiranya mana-mana parti yang telah diberikan amanah untuk bertanding di sesuatu kerusi melihat ada kewajaran untuk berbincang dengan pihak lain, perkara itu terpulang kepada parti berkenaan, dan akhirnya keputusan muktamad akan dibuat di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, tarikh pengumuman calon yang pada asalnya dijadualkan hari ini dipinda kepada 24 Okt atas permintaan kepimpinan PH Melaka.

Menurut beliau, perubahan tarikh itu bukan disebabkan masalah permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun isu lokasi program.

“Tidak, tarikh itu diubah dan diselaraskan semula atas permintaan beberapa pemimpin termasuk rakan-rakan Pakatan Harapan di negeri Melaka.

“Jadi, kita selaraskan semula dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi Pakatan Harapan dijangka hadir pada 24 Oktober” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan program pengumuman calon dan pelancaran jentera PH bagi PRN Melaka ke-16 yang dijadualkan berlangsung Ahad ini ditangguhkan.

Penangguhan itu mencetuskan persoalan apabila timbul dakwaan di media sosial bahawa perubahan tarikh berkenaan dikaitkan dengan masalah mendapatkan permit PBT bagi lokasi penganjuran program.

Related Posts

Nik Abduh bela Eric See-To, mana ketegasan Pas soal al-Quran?

PUTRAJAYA – Tindakan Senator Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan Eric See-To dalam kontroversi penggunaan istilah berkaitan al-Quran mengundang persoalan mengenai konsistensi parti itu dalam melindungi sensitiviti agama Islam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen