Balingian wajar dinaik taraf sebagai daerah penuh – Abdul Yakub

KUCHING – Cadangan menaik taraf Balingian daripada sebuah daerah kecil kepada daerah penuh wajar dipertimbangkan bagi memperkukuh sistem pentadbiran, memperluas akses perkhidmatan kerajaan dan menyokong pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Dr Abdul Yakub Arbi berkata, cadangan tersebut mengambil kira faktor keluasan kawasan, pertambahan populasi penduduk, perkembangan ekonomi setempat serta peningkatan mendadak keperluan terhadap perkhidmatan kerajaan.

“Dengan status daerah penuh, urusan pentadbiran dapat diperkukuh, kehadiran agensi kerajaan dapat diperluas dan rakyat akan lebih mudah mendapatkan perkhidmatan tanpa perlu bergantung kepada pusat pentadbiran yang lebih jauh,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027) 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Rabu.

Menurut Abdul Yakub, peningkatan status pentadbiran itu berpotensi untuk mempercepatkan lagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, sekali gus mengukuhkan peranan Balingian sebagai pusat pertumbuhan utama di kawasan pesisir Mukah.

Pada perbahasan yang sama, beliau menggesa agar pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Balingian yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM833.5 juta dipercepatkan supaya manfaatnya dapat segera dinikmati oleh penduduk.

Jumlah besar itu merangkumi peruntukan sebanyak RM645.5 juta di bawah Projek Rakyat, Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM47.5 juta, Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM18 juta dan RM122.5 juta menerusi Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

Enam projek di bawah RADDA yang bernilai RM122.5 juta itu termasuklah pembinaan Jalan SK Sungai Liuk–Kuala Balingian Fasa 3, Taman Rekreasi Balingian, Pusat Latihan Pertanian Balingian, Tanjung Pedada Eco-Park, Dataran Baharu Tapak Pesta Bederun, serta projek pemuliharaan tebingan sungai di Kampung Suyong.

Dalam pada itu, Abdul Yakub menggesa projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balingian yang kini dikategorikan sebagai projek sakit agar diberikan keutamaan untuk dipulihkan dan disiapkan dengan segera. 

Beliau mahu agensi pelaksana menyediakan jadual penyempurnaan yang jelas supaya kelewatan berpanjangan tidak terus menjejaskan keperluan pendidikan masyarakat setempat.

Beliau turut meminta penjelasan terperinci mengenai status pembangunan Pusat Kecil Matadeng (Matadeng Sub-Centre), termasuk komponen yang telah siap, sedang dilaksanakan atau yang masih dalam peringkat perancangan, berserta peruntukan dan jadual pelaksanaannya.

Menyentuh aspek infrastruktur, beliau menggesa agar kerja penyelenggaraan, naik taraf dan penyambungan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Lebuh Raya Pan Borneo diberikan perhatian sewajarnya.

Jelasnya, laluan strategik itu berpotensi menjadi jalan alternatif dari Balingian ke Bintulu, selain menyokong pergerakan kenderaan berat dan kelancaran aktiviti perindustrian. 

Beliau turut berharap usaha memperluas liputan bekalan air bersih, bekalan elektrik dan telekomunikasi terus dipergiat, khususnya di kawasan luar bandar.

Related Posts

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

KUNAK – Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn akan diberi perhatian bagi memastikan kemudahan sekolah itu dapat digunakan dengan lebih selesa dan sesuai untuk aktiviti warga sekolah. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

KUCHING – Sebanyak 11 entiti kini terlibat dalam aktiviti perdagangan kredit karbon hutan di Sarawak, dengan tiga daripadanya telah diberikan Lesen Karbon Hutan yang melibatkan kawasan seluas 56,806 hektar. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

Saluran permohonan, rayuan SKAS dicadang untuk penerima tercicir STR

Saluran permohonan, rayuan SKAS dicadang untuk penerima tercicir STR

Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi

Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi