10 kontena bantuan berjaya dibawa masuk ke Gaza

PUTRAJAYA – Sebanyak 10 daripada 100 kontena mengandungi pelbagai sumbangan bantuan, berjaya dibawa masuk dan diagihkan kepada penduduk Gaza.

Berita itu dikongsi Ketua Misi Bantuan Kecemasan 100 Kontena Malaysia ke Gaza, Dr Sani Araby Abdul Alim Araby yang memaklumkan 10 kontena terbabit dibawa masuk secara berperingkat.

“Daripada jumlah dibenarkan pihak memegang kawasan di Rafah yang disekat ini, kita menerima laporan, gambar, video sebagainya, 10 kontena daripada rakyat Malaysia yang ‘flag off’ oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), berjaya masuk ke dalam Gaza.

“Dua kontena sudah dibawa masuk ke Gaza bulan lalu manakala lapan lagi berjaya dibawa masuk pada hari Jumaat, minggu lalu dan bantuan terdapat dalam kontena itu diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan Konvoi Misi Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah, hari ini.

Pelepasan dilakukan yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar