60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

PETALING JAYA – Sebanyak 60 penerbangan bagi melaksanakan operasi pembenihan awan dilakukan di seluruh negara setakat Isnin lalu bagi menangani cuaca kering dan mengurangkan impak jerebu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, pelaksanaan operasi pembenihan awan bergantung pada keperluan semasa serta kesesuaian keadaan atmosfera.

Menurutnya, operasi itu bertujuan meningkatkan taburan hujan di kawasan sasaran, khususnya bagi menangani kekurangan hujan, menyokong pengurusan sumber air dan membantu mengurangkan kesan jerebu.

“Antara faktor utama yang dinilai adalah kewujudan awan yang berpotensi menghasilkan hujan, kandungan kelembapan atmosfera, arah dan kelajuan angin, kestabilan atmosfera serta pergerakan sistem cuaca,” katanya, seperti dipetik berita tempatan.

Pasir Gudang, Johor kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi apabila merekodkan 183 setakat pukul 6 petang semalam, meningkat berbanding 181 tiga jam sebelumnya.

Keadaan kualiti udara di Lembah Klang turut merosot apabila Klang mencatatkan bacaan IPU 181, diikuti Johan Setia (177) dan Cheras (171).

Mohd. Hisham berkata, penilaian turut mengambil kira data cerapan meteorologi, model ramalan cuaca, pergerakan sistem cuaca dan potensi hujan di kawasan sasaran.

Bagi kawasan yang mengalami kekurangan hujan atau terjejas akibat jerebu, penilaian tambahan dilakukan dengan mengambil kira keadaan cuaca setempat serta pergerakan jisim udara.

Mengulas keberkesanan operasi itu, beliau berkata, pembenihan awan merekodkan kadar kejayaan melebihi 90 peratus dalam menghasilkan hujan di kawasan sasaran.

Bagaimanapun, katanya, kadar kejayaan itu merujuk kepada keupayaan operasi menghasilkan hujan dan bukannya peningkatan jumlah taburan hujan.

“Keberkesanan dinilai menerusi kejadian hujan di kawasan sasaran selepas operasi serta data daripada rangkaian stesen pencerapan meteorologi.

“Namun, perlu difahami bahawa hujan yang direkodkan selepas operasi tidak semestinya berpunca sepenuhnya daripada pembenihan awan kerana proses pembentukan hujan juga boleh berlaku secara semula jadi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia dilaporkan memusnahkan kira-kira 57,081 hektar kawasan, bersamaan 570.81 kilometer persegi atau lebih separuh keluasan Perlis yang berkeluasan 819 kilometer persegi.

Related Posts

159,232 PATI ditahan, 6,099 majikan diambil tindakan hingga Ogos 2026

KUALA LUMPUR – Seramai 159,232 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi 53,318 operasi di seluruh negara dari 2025 hingga Ogos 2026, manakala tindakan turut diambil terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
199 kes jenayah babit pelarian Rohingya, Selangor tertinggi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 199 kes jenayah membabitkan pelarian Rohingya direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2022 hingga Ogos 2026, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 58 kes. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis