JAHEAIK lupus 77 tan abu al-Quran sejak 2015

KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) telah melupuskan sebanyak 77 tan abu al-Quran sejak tahun 2015 sehingga kini di perairan negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, kebanyakan naskah al-Quran yang lupuskan itu merupakan naskah yang lama selain ia telah rosak akibat banjir.

“Pelupusan ini dilakukan bertujuan memelihara kemuliaan al-Quran serta bahan bercetak mengandungi ayat suci dan dilupuskan mengikut tatacara pelupusan yang ditetapkan.

“Sehingga kini pendekatan diambil bagi melupuskan adalah menerusi kaedah membakar menggunakan insinerator pembakaran al-Quran di JAHEAIK untuk dijadikan abu sebelum dikumpulkan bagi dilepaskan ke laut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Pemuliaan Abu Al-Quran Bersama Penenggelaman Kapal Nelayan Bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan di Perairan Kuala Besar di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Asri melepaskan sebanyak 2.07 tan abu al-Quran ke dalam laut pada kedalaman 21 nautika dan menenggelamkan tiga buah bot nelayan asing Vietnam yang dilucut hak oleh mahkamah sejak tahun lalu membabitkan nilai sebanyak RM1.2 juta.


Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, mengikut fatwa Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Disember 2006 debu al-Quran yang telah dibakar, hendaklah ditanam atau dibuang ke dalam laut atau sungai yang mengalir airnya.

“Malah, mengikut fatwa itu juga abu berkenaan perlu dibuang sekurang-kurangnya pada jarak melebihi lima batu nautika dari daratan. Dan, pada hari ini kita melupuskan abu al-Quran berkenaan mengikut jarak fatwa yang ditetapkan sekaligus memelihara kesucian al-Quran dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan