Program pemantapan akidah di Jengka 24 tarik lebih 500 penyertaan

JERANTUT – Seramai lebih 500 penduduk sekitar FELDA Jengka 24, dekat sini, menyertai Program Pemerkasaan Akidah dan Syariah yang berlangsung di Masjid As-Sobirin, pagi tadi.

Program anjuran bersama pihak masjid, peneroka dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) itu turut disertai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan FELDA Jengka 24 serta wakil pengurusan FELDA.

Antara pengisian utama program ialah ceramah perdana yang memberi penekanan kepada kepentingan pembentukan akidah yang kukuh dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, program berkenaan merupakan acara tahunan yang sentiasa mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.

“Sambutan tahun ini amat menggalakkan walaupun cuaca berjerebu. Penduduk hadir seawal jam 7 pagi di Masjid As-Sobirin.

“Kejayaan (penganjuran) ini juga hasil sokongan padu daripada JAIP dan pengurusan FELDA Jengka 24 diketuai Saiful Mohd Fuzi,” katanya.

Program itu turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP, Noridzuan Abd Manan dan Kadi Daerah Jengka, Mohd Farik Jamaluddin.

Dalam pada itu, Pengerusi Masjid As-Sobirin, Ishak A Ghani berkata, pihak masjid menyediakan jamuan tengah hari secara gotong-royong selepas program selesai.

“Kali ini kita menerima rezeki lebih hasil sumbangan penduduk. Seekor lembu dan empat ekor kambing ditumbangkan bagi meraikan para tetamu yang hadir,” katanya.

Related Posts

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

RANAU – Polis menjalankan siasatan berhubung video sekumpulan remaja membaling batu ke arah seorang pelancong warga Itali ketika berehat di Padang Kampung Lohan, Ranau. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Infrastruktur, mitigasi banjir jadi keutamaan pembangunan Bukit Assek

KUCHING – Pelan pembangunan semula Bukit Assek perlu diterjemahkan menerusi pelaksanaan yang tersusun dengan mengambil kira keperluan penduduk khususnya dalam aspek mitigasi banjir, kemudahan infrastruktur dan perancangan bandar jangka panjang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

50 peserta kuasai kemahiran pemprosesan nanas, mampu jana sumber pendapatan baharu

50 peserta kuasai kemahiran pemprosesan nanas, mampu jana sumber pendapatan baharu

Infrastruktur, mitigasi banjir jadi keutamaan pembangunan Bukit Assek

Infrastruktur, mitigasi banjir jadi keutamaan pembangunan Bukit Assek

KSN mahu reformasi birokrasi dipercepat, RM5.79 juta dijimat menerusi ‘paperless’

KSN mahu reformasi birokrasi dipercepat, RM5.79 juta dijimat menerusi ‘paperless’

Belanjawan 2027 perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

Belanjawan 2027  perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

50 projek jalan ladang Sarawak diluluskan, peruntukan RM15.72 juta

50 projek jalan ladang Sarawak diluluskan, peruntukan RM15.72 juta