Dua lelaki dicekup bakar kabel curi menara telekomunikasi

SARATOK – Dua lelaki tempatan dicekup pihak polis ketika leka membakar kabel yang disyaki dicuri dari tapak sebuah menara telekomunikasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Abu, Jalan Bajau bagi mendapatkan tembaga.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kedua-dua suspek yang berusia 43 dan 46 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Pagan, pada Isnin.

Penahanan tersebut dilakukan bertindak atas maklumat orang awam yang menyedari aktiviti mencurigakan suspek di kawasan ladang berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku telah menceroboh masuk ke kawasan pencawang melalui pintu pagar utama yang tidak berkunci. Mereka memotong beberapa kabel dan membawanya pulang ke rumah masing-masing, sebelum dibawa ke ladang kelapa sawit tersebut untuk dibakar bagi mengekstrak tembaga.

“Bagaimanapun, mereka dipercayai belum sempat menjual hasil curian berkenaan sebelum serbuan dan tangkapan dibuat oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Mathew, kabel yang dilaporkan hilang itu terdiri daripada tiga unit kabel kuasa DC RRU dengan anggaran panjang kira-kira 20 meter, serta tiga unit kabel gentian optik CPRI. Keseluruhan nilai kerugian yang ditanggung syarikat telekomunikasi dianggarkan berjumlah RM1,950.

Dalam operasi tersebut, polis turut merampas dua buah guni yang mengandungi beberapa potongan aluminium dan tembaga bagi membantu siasatan lanjut.

Mengulas lanjut, semakan rekod mendapati kedua-dua suspek merupakan penjenayah tegar; suspek berusia 43 tahun memiliki tujuh rekod kesalahan lampau, manakala suspek berusia 46 tahun mempunyai 11 rekod lampau.

Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya negatif daripada pengaruh dadah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan atas perbuatan khianat merosakkan kabel atau peralatan telekomunikasi, serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu