Sarawak peruntuk RM28 juta perkukuh SPay Global, perluas capaian digital dan bantuan

KUCHING – Sarawak memperuntukkan dana sebanyak RM28 juta menerusi Belanjawan Sarawak 2027 bagi memperkukuh infrastruktur SPay Global, sekali gus memperluas peranannya dalam ekosistem pembayaran digital, keterangkuman kewangan dan sistem penyampaian bantuan kerajaan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, platform yang bermula sebagai e-dompet tempatan itu kini telah berkembang menjadi antara platform pembayaran digital yang digunakan secara meluas di peringkat nasional.

Menurutnya, integrasi strategik SPay Global bersama rangkaian DuitNow QR kini membolehkan pengguna membuat pembayaran kepada lebih tiga juta peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara.

“Sehingga Ogos 2026, SPay Global telah merekodkan 186 juta transaksi terkumpul bernilai RM6.9 bilion, dengan penglibatan kira-kira 1.7 juta pengguna berdaftar,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027) 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Isnin.

Abang Johari berkata, peruntukan berkenaan akan menyokong usaha berterusan untuk mengembangkan SPay Global sebagai sebuah ekosistem teknologi kewangan berteraskan perkhidmatan awam yang holistik, selain terus diperluas melalui pelbagai kerjasama strategik.

Jelas beliau, aplikasi SPay Global juga akan terus dikekalkan sebagai salah satu saluran utama bagi proses penyaluran bantuan kerajaan Sarawak kepada penerima yang layak.

Antara inisiatif yang memanfaatkannya ialah Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), Bantuan Wang Saku Khas Pelajar, inisiatif Komputer Riba Percuma dan Baucar Buku Percuma.

Sebagai rekod, Belanjawan Sarawak 2027 yang dibentangkan itu melibatkan peruntukan terbesar dalam sejarah negeri iaitu berjumlah RM14.845 bilion.

Ia merangkumi RM5.747 bilion bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM9.098 bilion disalurkan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar