Jaga integriti, ukur baju di badan sendiri – Abang Johari

KUCHING – Semua pihak diseru terutama pemimpin, penjawat awam dan ketua masyarakat diseru terus amanah dan menjaga integriti.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, mereka perlu sedar dengan kemampuan diri dan sentiasa mengukur baju di badan sendiri.

“Kalau kita mahu menerapkan nilai integriti dalam diri, kita perlu melihat diri sendiri,” ujar beliau.

Tambah beliau, kita akan ditelan oleh nafsu sendiri sekiranya tidak mampu mengawal nafsu tersebut.

“Oleh itu, kemampuan mengawal nafsu mampu membantu kita ‘ditelan’ oleh nafsu yang tidak baik,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana 2024 (MAP-i 2024) yang berlangsung pada Khamis.

Abang Johari turut memberitahu setiap individu perlu bermula dalam diri sendiri berlandaskan pegangan agama masing-masing.

“Saya juga menyeru agar nilai integriti perlu diterapkan dalam diri masyarakat agar mampu membuat keputusan berdasarkan prinsip integriti,” kata beliau lagi.

Tambah beliau, masa hadapan Sarawak bukan hanya bergantung kepada pembangunan fizikal tetapi pembangunan integriti dan akhlak generasi muda.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak