Peruntukan RM1.5 bilion pemangkin SEZ Sibu, pelan pelaksanaan perlu jelas

KUCHING – Peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi pembangunan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Sibu dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi bandar itu, selain berupaya menarik pelaburan baharu dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, pelaksanaan inisiatif mega berkenaan bagaimanapun perlu diiringi dengan perancangan yang jelas, penyelarasan berkesan serta sasaran yang boleh diukur supaya manfaatnya benar-benar dirasai oleh penduduk setempat.

“Saya berharap inisiatif ini dilaksanakan dengan keutamaan yang jelas supaya peruntukan berkenaan dapat diterjemahkan kepada pelaburan sebenar, pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan, rantaian perniagaan tempatan yang lebih kukuh, serta peningkatan pendapatan penduduk Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) Sarawak 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Isnin.

Sebagai rekod, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Julai lalu telah mengumumkan peruntukan awal RM1.5 bilion bagi pembangunan SEZ Sibu yang akan dimasukkan ke dalam Belanjawan Sarawak bagi memacu transformasi ekonomi di wilayah tengah negeri itu.

Sokongan tersebut turut dipanjangkan ke peringkat pusat apabila kerajaan Persekutuan melalui pembentangan Belanjawan 2027 bersetuju untuk memulakan rundingan rasmi dengan kerajaan Sarawak.

Rundingan itu bertujuan memuktamadkan kerangka insentif, penubuhan pusat pemudah cara pelaburan sehenti dan keperluan infrastruktur strategik untuk SEZ Sibu.

Mengulas lanjut, Soon Koh yang pernah memegang portfolio kabinet kewangan Sarawak selama hampir dua dekad berkata, pembangunan ekonomi negeri perlu sentiasa disokong oleh pengurusan kewangan yang berhemah.

Jelasnya, kejayaan sesuatu belanjawan tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah peruntukan atau bilangan projek yang diumumkan semata-mata, sebaliknya ia harus dilihat dari sudut impak nyata kepada rakyat.

“Matlamat utama mestilah meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkukuh daya saing perniagaan dan menyediakan peluang yang lebih baik kepada generasi muda supaya mereka dapat membina masa depan di negeri sendiri,” tegasnya.

Pada perbahasan yang sama, beliau turut menekankan kepentingan kerajaan negeri memberi perhatian berterusan kepada sektor pendidikan, pertanian, pelancongan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memperluaskan ruang pertumbuhan keusahawanan di kawasan tersebut.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu